Hokaloh News Updated: 13 mangsa terperangkap di gua tampil pada sidang media, dibenarkan pulang rumah - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/luar-negara/13-mangsa-terperangkap-di-gua-tampil-pada-sidang-media-dibenarkan-pulang-rumah-hokaloh-berita/

BANGKOK: Semua 12 remaja berusia 11-16 tahun bersama jurulatih Ekapol Chantawong bagi pasukan Wild Boars yang diselamatkan dari terperangkap 17 hari di dalam gua Tham Luang ditampilkan kepada khalayak pada Rabu, semalam.
Mereka memakai baju-T pasukan berlogo Wild Boars, dilaporkan sihat dan tersenyum pada penampilan kali pertama selepas diselamatkan dan mendapat rawatan kesihatan di hospital, minggu lepas.
Mereka berada di pentas khas menyerupai padang bola dilengkapi gawang terpampang tulisan “Mengembalikan Wild Boars”.
Pengacara majlis Suthichai Yoon mengumumkan, “hari ini kami menjawab pertanyaan yang ditunggu-tunggu dari anak-anak sendiri.”
Mereka gembira dan santai semasa memasuki ruang sidang media dengan memakai seragam, sambil menendang bola.

Mereka menceritakan pengalaman semasa terperangkap di gua.
Pengarah Hospital Chiangrai Prachanukroh wilayah Chiang Rai, Doktor Pak mengatakan kesihatan mereka semua sempurna dengan ujian darah menunjukkan negatif sebarang jangkitan.
Dengan berat badan bertambah tiga kilogram selama dirawat hospital, selepas acara tersebut semua mereka diizinkan kembali ke rumah masing-masing di daerah Mae Sai bersempadan dengan Myanmar.
Gabenor Chiang Rai, Prachon Pratsukan mengatakan sidang media ini merupakan “sidang tunggal rasmi untuk media”.
Kebanyakan soalan diajukan wartawan disaring oleh pakar jiwa memasti emosi mereka tidak terganggu.
Terdapat rancangan selepas ini menghantar para remaja ini menjalani kehidupan sebagai sami beberapa hari sebagai tradisi untuk mereka yang mengalami “nasib malang” sebagai proses membersihkan diri. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#LuarNegara #Anak #Bola #Hari #Kesihatan #Pak #Pulang #Rumah #Santai #Wartawan
Comments
Post a Comment