10 Peralatan Wajib Dimiliki Untuk Membuat Kuih dan Biskut Raya
Tutorial dan Knowledge Hokaloh News
10 Peralatan Wajib Dimiliki Untuk Membuat Kuih dan Biskut Raya
Disamping busana indah berwarna-warni dan hidangan ketupat rendang, Hari Raya wajib dimeriahkan dengan aneka kuih dan biskut raya. Tampilkan sedikit kelainan di Hari Raya ini dengan menyediakan kuih dan biskut raya anda sendiri. Miliki peralatan-peralatan ini untuk memudahkan tugas anda.
Pensonic 20L Electric Oven PEN-PEO2000
RM 125.00
Paling utama untuk menyediakan aneka kuih dan biskut, anda sudah tentu memerlukan sebuah oven. Peralatan ini memiliki ciri tetapan masa serta kawalan suhu di bahagian atas dan bawah oven. Pensonic Electric Oven juga berkapasiti 20 Liter, bersaiz sederhana serta memiliki harga yang mampu milik, sangat sesuai untuk projek kuih raya kecil-kecilan anda.
Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000
RM 299.90
Alat pembancuh juga penting untuk menyediakan aneka kuih dan biskut raya. Stand mixer Russell Taylors ini menggunakan motor berkuasa 1000w serta memiliki struktur yang kukuh dengan ciri getah dibahagian bawah untuk mengelakkan alat pembancuh tergelincir. Memiliki kapasiti untuk membancuh 1 Kilogram tepung dalam satu masa didalam mangkuk pembancuh berkapasiti 5.0 Liter, alat pembancuh ini pasti memudahkan anda menyediakan kuih dan biskut raya.
Aluminium Baking Tray
RM 36.00
Tidak lengkap peralatan membuat kuih raya jika anda tidak memiliki sebuah dulang pembakar. Dengan ukuran 400mm x 600mm x 20mm dan dihasilkan dari material Aluminium, dulang pembakar ini ringan dan mudah untuk diangkat. Saiz ukurannya yang besar juga mampu memuatkan banyak jumlah kuih. Bukan sahaja memudahkan kerja anda, dulang ini juga selamat untuk digunakan didalam oven dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
Non-Stick Rolling Pin Silicone Roller
RM 4.58
Pencanai atau Rolling Pin dengan ciri istimewa silikon serta pemegang kayu ini juga wajib dimiliki untuk melengkapi projek kuih raya anda. Material silikon memiliki ciri non-stick serta permukaan yang rata dan licin, membuatkan hasil kuih dan biskut bertambah cantik. Namun anda tidak perlu risau, silikon yang digunakan selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
Mini Digital Stainless Steel Weighting Scale 3kg/0.1g
RM 55.00
Resipi kuih raya yang anda mahu cuba sudah pasti menggunakan ukuran gram atau kilogram, jadi sudah tentu anda memerlukan sebuah alat penimbang. Alat penimbang digital ini memiliki kapasiti maksimum 3.0-kilogram dan dapat memberikan ukuran yang tepat. Ciri istimewa alat penimbang ini ialah ia menggunakan kuasa bateri selain memiliki ciri untuk tutup secara automatik apabila tidak digunakan.
Stainless Steel Measuring Spoon – 5pcs/set
RM 22.00
Seperti alat penimbang, sudu penyukat juga penting untuk proses penyediaan bahan-bahan kuih raya. Sudu penyukat ini dihasilkan dari material keluli tahan karat yang mampu untuk tahan lebih lama. Sudu penyukat ini juga sangat mudah digunakan kerana memiliki label sukatan dihujung sudu serta dijamin ketepatan sukatannya. Kini anda boleh mengikuti resipi aneka kuih dan biskut pilihan dengan mudah.
Stainless Steel Flower Leaf Biscuit
Dari RM 3.05
Aneka bentuk kuih dan biskut raya pasti menambat hati para tetamu di Hari Raya. Menampilkan beberapa jenis rekaan bunga, acuan kuih ini pasti menghasilkan kuih dan biskut yang menarik dan cantik. Material keluli tahan karat juga menjamin acuan kuih tahan dan dapat digunakan sehingga bertahun lama. Acuan ini juga mudah untuk dibersihkan dan disimpan.
Bakery Brush Cooking Tools
RM 7.99
Berus masakkan dengan hujung silikon ini pasti melengkapi peralatan membuat kuih dan biskut raya anda. Ia memiliki ciri tahan haba serta lembut dan mudah digunakan. Alatan ini bersaiz kecil dan mudah untuk disimpan. Selain untuk menyediakan kuih dan biskut, berus boleh juga digunakan untuk tujuan masakkan.
Blossomen Kitchen Transparent Food Storage Jars
Dari RM 2.02
Setelah bermacam aneka kuih dan biskut raya dihasilkan, anda pasti memerlukan balang untuk menyimpan kuih dan biskut. Balang penyimpan makanan ini boleh digunakan untuk menyimpan kuih dan biskut raya, agar kuih dan biskut kekal segar dan rangup. Ia juga boleh didapati dalam beberapa variasi warna menarik. Sesuai juga digunakan untuk menghidang kuih dan biskut kepada tetamu.
Doily Paper
Dari RM 2.90
Hiasi balang kuih dan biskut raya anda dengan kertas doily yang cantik. Sungguh menarik kuih dan biskut yang disusun rapi didalam balang, diselang-selikan dengan kertas doily. Tambah istimewa, kertas doily ini memiliki pelbagai warna menarik seperti merah, biru, ungu, hijau, merah jambu dan kuning. Pasti balang kuih dan biskut tampak lebih warna-warni dan meriah, menambat hati tetamu yang datang berkunjung di Hari Raya.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!
Comments
Post a Comment