Cara Tebuk Lubang Pada Dinding Batu (Simen) Dan Pasang Wall Plug
Tutorial Hokaloh News
Cara Tebuk Lubang Pada Dinding Batu (Simen) Dan Pasang Wall Plug
Apabila menduduki sesebuah rumah, agak tidak lengkap jika tiada sebarang perkakasan yang digantung di dinding. Sudah tentulah untuk menggantung atau memasang sesuatu benda melakukan memerlukan sedikit perubahan pada dinding anda.
Untuk tutorial DIY kali ini, akan diterangkan bagaimana untuk tebuk lubang, mata drill yang sesuai dan juga jenis wall plug.
Ini kerana, selain menebuk lubang, terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan paku untuk simen. Antara kekurangan apabila menggunakan paku simen ialah, pegangan paku adalah rapuh pada dinding apabila berlaku sebarang gegeran, hentakan. Malahan, lebih teruk kesan yang ditinggalkan jika teknik pemakuan yang tidak betul adalah tidak cantik mata memandang.
Kesan menggunakan paku dinding
Cara-cara lengkap seperti berikut.
(Anda boleh klik pada gambar untuk lebih jelas)
1. Pastikan mesin dalam keadaan elok dan juga anda sudah tersedia mata penebuk untuk dinding simen. Terdapat pelbagai jenis penebuk yang berbeza. Samada untuk simen, kayu, besi, marmar dan lain².
Jika anda tidak pasti, boleh sahaja tanya kedai hardware tanya mata untuk tebuk dinding batu (simen). Dan juga pastikan saiz mata penebuk adalah bersesuaian.
2. Ketatkan mata penebuk pada mesin dan pada masa yang sama tandakan pada dinding bahagian yang hendak ditebuk.
Perhatikan pada mesin, terdapat 2 ‘mode’. Satu untuk pusing sahaja (contoh ketatkan screw), satu untuk membuat tebukan. Pastikan pilih ‘mode’ yang betul untuk memudahkan kerja anda.
3. Mulakan proses dengan perlahan-lahan, jangan terburu-buru. Tekan sedikit mesin dan buat anggaran kedalaman lubang.
Jika terlebih dalam sedikit tidak mengapa, tetapi kalau kurang dalam, akan mencacatkan untuk proses seterusnya.
4. Untuk lubang yang telah dihasilkan, pastikan kedalaman adalah bersesuaian dengan wall plug yang ingin digunakan.
Terdapat beberapa jenis wall plug samada berasaskan kayu atau plastik. Sekarang ini kebanyakan orang menggunakan yang jenis plastik untuk beban kerja yang sedarhana ini.
5. Masukkan wall plug pada lubang, dan ketuk dengan perlahan. Tidak semestinya menggunakan tukul, kalau guna barang plastik lagi bagus. Gambar ini hanya sebagai contoh.:). Juga anda boleh cuba untuk masukkan skrew untuk pastikan segalanya ok.
6. Dan sudah tiba masanya untuk anda memasang apa sahaja yang anda mahukan. Dan sudah pastilah, ialanya lebih teratus dan kemas. Selamat mencuba. 🙂
P/s: Akan datang DIY tebuk lubang pada tiles/marmar. Yang tu kena guna mata drill yang special sikit. 🙂
Comments
Post a Comment