Hokaloh News Updated: Mappim, 300 NGO Ummah sedia gerakkan himpunan bantah iktiraf UEC - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/mappim-300-ngo-ummah-sedia-gerakkan-himpunan-bantah-iktiraf-uec-hokaloh-berita/











KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) bersama-sama Gabungan 300 NGO Islam Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyifatkan kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 12 Julai di PICC Putrajaya — mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai bersikap “angkuh” serta terikat dengan “telunjuk” dan “desakan” pihak tertentu dalam Pakatan Harapan.


Ketua Eksekutif Mappim Mohd Zai Mustafa yang juga Ahli Jawatankuasa Ummah dalam kenyataan medianya berkata, bantahan mereka sealiran desakan pelbagai pihak NGO agar Kementerian Pendidikan tidak mengiktiraf UEC.


Menurut Mohd Zai, Mappim dan Ummah serta pelbagai gabungan NGO terus mendesak bagi membantah dan bersedia mengerakkan himpunan bantahan rakyat besar-besaran di Kementerian Pendidikan Putrajaya.


Tambah beliau, mereka bersedia bersama-sama pasukan peguam mengambil tindakan mengkaji serta menghalang sekiranya pelaksanaan UEC diteruskan.


Mohd Zai turut memperingatkan Menteri Pendidikan berhemah melaksanakan sebarang keputusan dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan akta berkaitan Pendidikan, Bahasa Kebangsaan serta sensitiviti majoriti rakyat di negara ini.




Beliau mengulangi pendirian pelaksanaan UEC membawa mudarat kepada sistem pendidikan di negara ini serta akan menghancurkan perpaduan kaum selama ini. –Sarawakvoice






(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Ahli #Akta #Harapan #Islam #Julai #Kaum #Kementerian #Malaysia #Menteri #Negara #Peguam #Pendidikan #Peruntukan #Rakyat

Comments