Hokaloh News Updated: MFL Putuskan Hanya Satu Pasukan Liga Premier Bakal Digugurkan - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/mfl-putuskan-hanya-satu-pasukan-liga-premier-bakal-digugurkan-hokaloh-berita/

Badan pengendali Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) menerusi lembaga pengarah sebulat suara membuat keputusan untuk menurunkan satu pasukan yang beraksi dalam saingan 100PLUS Liga Premier 2018.
Pengguguran Kuantan FA dalam saingan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 pada 20 April 2018 menyaksikan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 kini hanya berbaki sebelas pasukan daripada dua belas pasukan yang kebiasaannya bertanding.
Menurut kenyataan rasmi daripada pihak MFL, Lembaga Pengarah MFL telah berbincang pada 27 Jun 2018 berkenaan hal ini dan telah membuat keputusan untuk hanya menurunkan satu pasukan selepas tamat 100PLUS Liga Premier musim ini.
LEMBAGA PENGARAH MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE (MFL) MEMUTUSKAN HANYA SATU PASUKAN DIGUGURKAN DARI 100PLUS LIGA PREMIER MALAYSIA 2018#100PLUSLPM#MalaysianFootballLeague#TransformingMalaysianFootball
Posted by Football Malaysia LLP on Sunday, July 8, 2018
“Keputusan ini dipersetujui selepas mengambil kira faktor bagi menjamin konsistensi bilangan pasukan yang dipromosi dan diturunkan sepertimana dilakukan sebelum ini serta bagi memelihara tahap daya saing yang lebih kompetitif bagi 100PLUS Liga Premier Malaysia.
“Selain daripada itu, keputusan ini juga adalah yang terbaik dalam mengelakkan penurunan kualiti sedia ada dalam 100PLUS Liga Premier Malaysia andai jumlah pasukan yang dipromosi ke 100PLUS Liga Premier Malaysia tidak diselaraskan.
“Hasil keputusan ini bermaksud pasukan kesebelas di kedudukan terakhir dalam 100PLUS Liga Premier akan diturunkan bersama Kuantan FA yang merangkumi dua pasukan yang digugurkan penghujung musim ini,” kata kenyataan itu.
Pengguguran dua pasukan daripada 100PLUS Liga Premier 2018 (Kuantan FA dan pasukan tercorot liga) bermakna slot promosi pasukan daripada Piala FAM ke Liga Premier musim hadapan akan kekal sama seperti yang telah ditetapkan dengan dua pasukan di kedudukan pertama dan kedua Piala FAM bakal dipromosikan ke Liga Premier Malaysia bagi musim depan.
Difahamkan pihak MFL akan sentiasa memantau serta mengambil berat akan isu-isu sebegini dalam misi mengubah serta memantapkan lagi struktur Liga Malaysia agar integriti liga terjamin dan berada di landasan tepat.
Kami perlukan bantuan anda.
Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.
Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.
Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan
#Sukan #Bola #Hari #Integriti #Jumlah #Kualiti #Malaysia #Terbaik
Comments
Post a Comment