Hokaloh News Updated: Bayi lapan bulan dinoda bapa sendiri, rakaman dijual di laman web lucah - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/luar-negara/bayi-lapan-bulan-dinoda-bapa-sendiri-rakaman-dijual-di-laman-web-lucah-hokaloh-berita/




KIEV: Seorang bapa di Ukraine tergamak merakamkan perbuatan merogol bayi perempuannya berumur lapan bulan dan menjual ‘bahan pornografi’ itu kepada sebuah laman web lucah di Australia.

Lelaki berusia 27 tahun dari wilayah Zhytomyr itu ditahan dalam satu serbuan dilakukan pada awal pagi di kediamannya selepas mendapat maklumat daripada pihak berkuasa di Canberra.


Semalam, dia dihukum penjara dua bulan sementara menunggu prosiding jenayah bermula yang mana lelaki tersebut didakwa mengedarkan bahan pornografi dan merogol budak.


Lelaki tersebut pada mulanya menyangka identitinya tidak akan terbongkar kerana dia menjual imej anaknya yang masih bayi.


Siasatan awal polis mendapati suspek memperkosa mangsa ketika mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.


“Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika isterinya tiada di rumah atau berkebun. Wanita tersebut hanya mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh polis.


“Dia menjadi saksi paling penting kes ini,” kata timbalan ketua jabatan unit polis siber Ukraine, Vitaly Chubaevsky.


Difahamkan, lelaki tersebut adalah bekas askar dan tidak dapat bekerja akibat kecederaan yang dialaminya di timur Ukraine pada 2014.


“Telefon bimbit lelaki itu penuh dengan bahan bukti. Dia menyembunyikannya di dalam bilik mangsa, namun kami berjaya menjumpainya. Kami turut merampas komputer milik suspek,” ujarnya lagi.


Jika disabit bersalah merogol bayi perempuannya, lelaki itu bakal dihukum penjara 15 tahun. -Daily Mail


BACA: Lelaki didakwa rogol, ajak rakan ‘jamah’ anak sendiri


BACA: Kanak-kanak enam tahun diculik, dirogol jiran


BACA: Budak 7 tahun dirogol, dibunuh pada majlis perkahwinan kakak


BACA: Bapa tiri ditahan berhubung kes rogol pelajar Tingkatan Lima


BACA: Budak perempuan dirogol, dirodok objek tumpul sebelum dibunuh kejam


BACA: Umpan telefon untuk rogol anak kandung


BACA: Murid sekolah rendah dirogol 7 kali oleh jiran sendiri


BACA: Gadis bawah umur diperkosa bapa sendiri selama 7 tahun


BACA: Bapa tergamak iklan anak perempuan 4 tahun untuk seks, caj RM4,000 satu sesi


BACA: Kanak-kanak jadi mangsa cabul, rogol kekasih ibu selama tujuh tahun


BACA: Biadab! Bayi 8 bulan ini dirogol sepupu sendiri




قالب وردپرس



#LuarNegara #Anak #Bapa #Bersalah #Cabul #Gadis #Ibu #Jabatan #KanakKanak #Lelaki #Pelajar #Penjara #Polis #Rakaman #Rumah #Sekolah #Siasatan #Wanita

Comments