Hokaloh News Updated: Adakah pengiktirafan sijil UEC sekolah Cina makin hampir jadi kenyataan? - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/adakah-pengiktirafan-sijil-uec-sekolah-cina-makin-hampir-jadi-kenyataan-hokaloh-berita/











SEKALIPUN sekolah aliran Arab jika mahu diiktiraf, keutamaan dan keperluan bahasa Melayu dalam kurikulum pendidikan berkenaan tidak dapat diabaikan semudahnya.


Begitu juga dalam melihat isu mengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan betapa bahasa Melayu tidak boleh diabaikan dalam sistem UEC ini.


Tiada Tolak Ansur Ajar Subjek BM Dalam UEC — Anwar


Anwar dalam kenyataannya berkata, ketetapan bahasa Melayu sebagai tunjang dalam dasar pendidikan “tiada tolak ansur dalam apa jua keadaan”.


Tanpaknya, pengiktirafan UEC seperti tidak dapat dielakkan meskipun mendapat pelbagai tentangan daripada banyak pihak yang mengemukakan pelbagai alasan dan sebab.


Foto: Suara TV



Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyatakan kerajaan meneruskan rancangan mengiktiraf UEC selaras manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.


UEC diiktiraf sebagai sijil kemasukan sah ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Iktiraf UEC Selaras Manifesto PH PRU14 — Dr Maszlee


Maszlee berkata pihaknya tidak membuat “pusingan U” atau “flip-flop” berkaitan isu berkenaan.


Anwar turut menyerahkan kepada Maszlee menyelaraskan isu tersebut, sementara beliau mengaku melalui perbincangan bersama tokoh pendidikan Cina, mereka turut memberi jaminan isu bahasa Melayu tidak diketepikan.


Sementara, dua persatuan pendidikan Cina —
Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jia Zong) menafikan sekolah menengah Cina persendirian dengan sijil UEC mengabaikan penguasaan bahasa Melayu.


Bahkan, menurut Dong Zong dan Jia Zong, sekolah menengah Cina persendirian mempunyai Kelab Bahasa Melayu bagi mengalak penggunaan serta penguasaan bahasa Melayu.


Dong Zong, Jia Zong Nafi Sekolah Cina Abaikan BM


Dong Zong dan Jia Zong dalam kenyataan mengaku pihaknya bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan forum pelajar, khas untuk penyertaan pelajar UEC sejak 1990-an bertujuan memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu.


Aktiviti lain melibatkan DBP ialah mengambil bahagian dalam pertandingan koir dan penulisan esei.


Persatuan tersebut dalam kenyataannya mengaku sukatan pelajaran UEC selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.


Menurut mereka, setiap mata pelajaran ditulis mengikut standard kurikulum dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia serta standard pendidikan peringkat menengah antarabangsa.


Justeru, persatuan tersebut menolak dakwaan mengatakan sukatan pelajaran UEC diambil dari Taiwan.


Dengan meletakkan syarat wajib memiliki “Kepujian” dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM sebagai syarat am kelayakan memasuki IPTA, sudah cukupkah UEC tidak menjejaskan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi? –Sarawakvoice




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Arab #Awam #Bahagian #Cina #Cinta #Dewan #Harapan #Kementerian #Kerajaan #Malaysia #Menteri #Pelajar #Pendidikan #Pilihan #Raya #Sekolah #Status

Comments