Hokaloh News Updated: Dakwa AS mahu serang Venezuela, Maduro minta tentera siap siaga - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/luar-negara/dakwa-as-mahu-serang-venezuela-maduro-minta-tentera-siap-siaga-hokaloh-berita/

VENEZUELA: Ekoran laporan menyebut Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mempertimbang mahu menyerang Venezuela, Presiden Nicolas Maduro memerintahkan agar angkatan bersenjatanya bersiap sedia menghadapi kemungkinan tersebut.
“Kami akan membela hak tanah air kami sepanjang sejarahnya iaitu untuk hidup damai,” ucap Maduro dalam acara ketenteraan pada Rabu lepas.
Sebelum itu, Maduro berkata beberapa media AS melaporkan Trump menyebut kemungkinan mahu menyerang Venezuela ketika bercakap dengan penasihat projek luar negara Rumah Putih.
Memetik CNN, bagi Maduro berita tersebut menguatkan andaiannya selama ini bahawa AS melancarkan serangan ketenteraan ke atas Venezuela.
Maduro mengetuai kerajaan Venezuela sejak 2013 itu menganggap tujuan misi AS itu hanya bertujuan menguasai sumber minyak negaranya.
AFP melaporkan, Maduro turut merujuk pada kehadiran tokoh pembangkang Venezuela mengunjungi Rumah Putih.
Trump turut didakwa membincangkan rancangan mengenakan sekatan ke atas Venezuela demi menggulingkan Maduro yang dianggap sebagai pemimpin diktator sayap kiri yang rasuah.
Dalam beberapa tahun terakhir ini, Venezuela dirundung krisis ekonomi dan politik.
Setakat ini, dilaporkan penasihat Trump menolak idea “menekan” Venezuela kerana dikhuatiri sebarang tindakan akan membahayakan kepentingan AS di negara Amerika Latin itu. –Sarawakvoice

(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#LuarNegara #Air #Amerika #Dakwa #Kerajaan #Laporan #Luar #Negara #Pembangkang #Pemimpin #Politik #Presiden #Rumah #Serang #Tanah #Tentera
Comments
Post a Comment