Hokaloh News Updated: Paulinho Tinggalkan Barcelona, Kembali Sertai Guangzhou Evergrande Secara Pinjaman - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/paulinho-tinggalkan-barcelona-kembali-sertai-guangzhou-evergrande-secara-pinjaman-hokaloh-berita/

Wow. Ini kelihatan seperti sedikit ganjil bukan?
Pemain tengah Barcelona, Paulinho kini telah pun disahkan bakal meninggalkan kelab tersebut dan akan menyertai kelab lamanya di China.
Pemain utama skuad kebangsaan Brazil di Piala Dunia ketika ini akan kembali menyertai kelab Chinese Super League (CSL) iaitu Guangzhou Evergrande.
Hal perpindahan tersebut telah pun disahkan sendiri oleh pihak Barcelona menerusi kemas kini mereka di laman Twitter.
🔵🔴 Best of luck to @paulinhop8, who is returning to former club Guangzhou Evergrande.
More info ➡️ https://t.co/UIfJusN12j pic.twitter.com/2EWwvC2DjB— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 8, 2018
Paulinho bakal berpindah semula ke kelab lamanya sebagai pemain pinjaman sahaja buat masa sekarang.
Namun begitu dalam perjanjian perpindahan tersebut, terdapat pilihan untuk Guangzhou Evergrande untuk membeli pemain tersebut secara tetap.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang kelab, Barcelona menzahirkan penghargaan mereka terhadap Paulinho.
“Barcelona dan Guangzhou Evergrande telah mencapai persetujuan untuk meminjamkan Paulinho selama 1 musim dan terdapat pilihan untuk menjadikan perpindahan itu sebagai perpindahan tetap.”
“Barcelona dengan secara terbuka mengucapkan penghargaan kepada beliau di atas komitmen dan juga dedikasi yang beliau tunjukkan dan kami ucapkan semoga berjaya untuk beliau di masa hadapan.”

Paulinho mencipta kejutan apabila berjaya berpindah dari bola sepak China ke bola sepak kelas tinggi di Sepanyol bersama Barcelona pada musim lalu.
Ianya terjadi selepas beliau berjaya melengkapkan perpindahan sebanyak €40 juta pada musim panas yang lalu.
Walaupun perpindahan itu dikritik, namun Paulinho berjaya membuktikan nilai beliau apabila berjaya melakukan 49 penampilan dan menjaringkan 9 gol.
Kami perlukan bantuan anda.
Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.
Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.
Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan
#Sukan #Bola #Brazil #China #Dunia #Hari #Juta #Kelas #Kemas #Nilai #Pemain #Pilihan #Sepanyol #Status #Utama
Comments
Post a Comment