Hokaloh News Updated: Jam paling mahal Rolex Daytona RM3.5 juta dalam rampasan RM1.1 bilion - Berita Terkini

https://hokaloh.news/berita-semasa/jam-paling-mahal-rolex-daytona-rm3-5-juta-dalam-rampasan-rm1-1-bilion-berita-terkini/




Datin Seri Rosmah didakwa gemar memakai jam tangan dan beg tangan jenama mewah. – Foto The Malay Mail oleh Mukhriz Hazim


Kepakaran dan selera tinggi Datin Seri Rosmah Mansor isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang beg tangan tidak boleh dipertikaikan lagi malah melalui beliau rakyat Malaysia tahu nilai beg Birkin Hermes, jenama terkemuka Perancis.


Malay Mail melaporkan tumpuan kini kepada jenama beg tangan rekaan khas, Bijan, apabila ia disebut dalam sidang media pegawai kanan polis Datuk Seri Amar Singh.


Jenama Bijan bukan nama terbalik ‘Najib’ tetapi daripada House of Bijan dianggap butik paling mahal di dunia, milik pereka tersohor asal Iran Bijan Pakzad di Rodeo Drive di Beverly Hills, California.


Pelanggannya termasuklah Barack Obama, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Arnold Schwarzenegger.


Dalam perkembangan sama, jumlah 12,000 barangan kemas dan beg tangan yang dirampas itu termasuklah seutas rantai paling mahal bernilai RM6.4 juta.


Portal The Malaysian Insight melaporkan jam tangan paling mahal dirampas Rolex Daytona berharga RM3.5 juta.


Netizen ragu-ragu jika terdapat dakwaan bahawa beg jenama mewah itu juga hadiah dari seseorang kepada Rosmah.  Najib sebeum ini memberi alasan besannya adalah orang kaya ternama di Kazakhstan dan ada masa mendapat beg mewah dari sumber sehingga 6-7 buah sekaligus.


Dalam satu wawancara dengan Reuters baru-baru ini, Najib yang sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, berkata wang tunai, bag tangan dan permata yang dirampas dari beberapa kediaman dikaitkan dengan dirinya adalah “hadiah untuk isteri dan anak perempuannya” dan tiada kaitan dengan skandal penyelewengan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah


KLIK BACA: ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis


Jam paling mahal Rolex Daytona RM3.5 juta dalam rampasan RM1.1 bilion – Grafik The Malaysian Insight

KLIK BACA: ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis


KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah


TERKINI: Rosmah lebih tahu punca sebenar 1MDB, dijangka dituduh – lapor WSJ


KLIK BACA: Tun M enggan jumpa Wahid Omar pengerusi PNB dijangka letak jawatan


KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin


KLIK BACA: Zahid – Umno akan rampas Putrajaya, PH akan tumbang!


KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…


KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB



Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share




قالب وردپرس



#BeritaSemasa #Daytona #Jam #Rolex

Comments