Hokaloh News Updated: Pantau Rumah Anda dengan Mudah Menggunakan 7 Kamera CCTV Ini - Berita Terkini

https://hokaloh.news/teknologi/pantau-rumah-anda-dengan-mudah-menggunakan-7-kamera-cctv-ini-berita-terkini/




Kejadian pecah rumah serta rompakan seolah-olah tidak asing lagi dalam masyarakat. Setelah berlaku, usaha mengesan suspek pula tergendala kerana tiada maklumat yang jelas mengenainya. Namun syukur, kamera CCTV kini menjadi inisiatif pemilik rumah atau premis dalam menjaga keselamatan pada tahap yang standard.


Setiap produk dibawah telah disaring dengan sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 720p HD dan hampir kesemuanya mampu ditonton atau dikawal secara jauh oleh peranti pintar.


Vono HD Fish Eye IP Camera


Kamera CCTV murah pasang sendiri


BELI DISINI


RM 125.00


Kamera CCTV murah pasang sendiri


Pandangan 360° atau satu bulatan lengkap menjadi tarikan utama produk ini. Saiznya yang mini dan kecil menjadi pelengkap pakej malahan model yang satu ini semudah Plug and Play, iaitu tidak memerlukan pemasangan yang rumit atau menyusahkan. Bahkan operasinya juga tidak seperti kamera cctv konservatif seperti dalam cerita perisikan.


Buat pengguna telefon pintar iPhone dan Android, anda boleh menonton dari jauh melalui aplikasi sedia ada menjadikan pengawasan keselamatan lebih mudah dan berbaloi. Paras harganya pula tidaklah membebankan malahan mampu milik berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan. Hey, keselamatan tidak bermakna perlu berkorban wang ringgit, bukan?


Long Man LMISBA1000C CCTV 1/3″ SONY 420TVL 


Kamera CCTV analog terbaik


BELI DISINI


RM 88.00


Kamera CCTV analog terbaik


Jika anda tercari-cari model CCTV analog yang berbentuk bullet, maka anda tidak perlu mencari jauh! Dengan resolusi kamera 962 × 504 TVPAL, hasil rakaman pasti tajam dan berkualiti. Ditambah dengan penarafan kalis air IP66, kamera CCTV ini mampu beroperasi tanpa mengenal cuaca.


Paling penting, model kamera ini dilengkapi sinar infra merah LED untuk tujuan penglihatan waktu malam yang turut jelas seperti waktu siang. Biarpun menggunakan format analog, itu tidak bermakna model ini merisikokan kualiti operasi!


GOQ Q20 IP Security Camera


Kamera CCTV outdoor terbaik


BELI DISINI


RM 149.00


Kamera CCTV outdoor terbaik


Kami amat menitikberatkan kemudahan dalam memasang peranti CCTV. Oleh sebab itu, model CCTV yang satu ini juga merupakan Easy Plug and Play. Akan tetapi, highlight utamanya di sini ialah kualiti rakamannya setinggi Definisi Tinggi Penuh atau FULL HD.


Ditambah pula dengan sistemnya yang beroperasi tanpa wayar, anda turut mampu menonton rakaman daripada jauh menggunakan aplikasi dalam telefon pintar anda dengan JELAS seperti anda menonton drama Korea, sinetron, telenovela, dan seangkatan dengannya.


Model ini juga didatangi dengan penggera pergerakan. Rakaman suara turut tersedia jadi anda boleh mendengar sekali apa-apa perbualan secara asas. Mod penglihatan waktu malam juga turut tersedia secara automatik dan model ini menggunakan Micro SD Card berkapasiti 64GB. Dah namanya kamera di luar (outdoor), penarafan kalis air IP66 adalah suatu kemestian!


Ezviz C6T 2 MP


Kamera CCTV indoor terbaik


BELI DISINI


RM 299.00


Kamera CCTV indoor terbaik


Memilih model CCTV yang beroperasi dengan terbaik dalam bangunan premis atau rumah memerlukan bentuk kamera yang ergonomik dan tahap kawalan keselamatan yang ditingkatkan. Sebagai paras kawalan standard kami, kualiti rakaman kamera ini setinggi FULL HD pelbagai warna untuk memastikan kualiti terjamin.


Bagi tujuan bonus dan kawalan keselamatan, model ini dilengkapi Penjejak Pergerakan Pintar jika ia mengesan sebarang pergerakan supaya anda boleh lihat semula kemudian trace pergerakan yang lepas. Pemandangan waktu malam telah tersedia secara sedia ada dan audio secara dua hala juga tersedia dalam model kamera ini.


Ini bermaksud selain sebagai kamera pemerhati, anda juga boleh berinteraksi dengan persekitaran itu melalui kamera CCTV ini! Bayangkan reaksi orang berdekatan kamera itu jika mereka tidak tahu –pasti terkejut!


YI Home Camera 720P IP CCTV


Kamera CCTV WiFi terbaik


BELI DISINI


RM 149.00


Kamera CCTV WiFi terbaik


Lensa kaca dengan aperture f/2.0 membuatkan kamera ini mampu merakam waktu malam mahupun waktu siang tanpa kehilangan ketajaman gambar. Tapi, yang paling penting sambungan WiFi yang dijamin selamat dipromosikan oleh model ini, baik sambungan sepantas kilat atau dengan kelajuan internet yang asas (baca: perlahan), model ini akan mengadaptasi kualiti streaming berdasarkan kelajuan internet.


Buat penggemar terperinci yang suka zoom in, anda boleh berasa gembira kerana lensa kamera model ini berkeupayaan dengan 4× optical zoom. Kawalan jauh menggunakan peranti pintar adalah suatu kemastian dan komunikasi dua hala juga tersedia melalui mikrofon dan speaker yang tersedia.


Ezviz C4S


Kamera CCTV kualiti gambar terbaik


BELI DISINI


RM 590.00


Kamera CCTV kualiti gambar terbaik


Jika anda mementingkan kualiti rakaman setinggi FULL HD, maka model CCTV yang satu ini merupakan padanan buat anda. Berbentuk dome membolehkannya skop penglihatan 360° dan resolusi rakamannya membolehkan 16× optical zoom tanpa kehilangan ketajaman. Di sebabkan kualiti rakamannya yang tinggi, maka jarak penglihatan waktu malam mencapai suatu tahap yang baru iaitu sejauh 98 kaki!


Bayangkan sejauh itu pada waktu malam. Penarafan kalis air IP66 telah tersedia dan rakaman juga semestinya boleh di–stream oleh peranti pintar anda. Nampak gayanya kita tidak perlu tunggu abad ke–22 untuk melihat kecanggihan dalam dunia keselamatan maya.


Xiaomi Xiao Fang Smart


Kamera CCTV termurah di pasaran — dengan saiz yang mini/kecil


BELI DISINI


RM 85.00


Kamera CCTV termurah di pasaran — dengan saiz yang mini/kecil


Model CCTV yang comel mulus daripada XIAOMI ini sangat berpegang pada konsep ‘mini’ nya. Manakan tidak, anda boleh semudah melekatkannya di dinding pada mana-mana permukaan logam kerana model ini mempunyai plat magnetik. Resolusi kameranya juga tinggi iaitu setinggi Full HD dan penglihatan waktu malam termasuk dalam skop.


Untuk menonton, anda perlu memuat turun aplikasi ‘Mi Home’ yang boleh didapati di Google Play Store atau di Apps Store. Komunikasi dua hala menggunakan mikrofon dan speaker juga tersedia dan paling penting, anda boleh bawa ke mana sahaja model ini kerana terdapat slot USB untuk disambung ke Powerbank!


Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!




قالب وردپرس



#Teknologi #Air #Android #Aplikasi #Dunia #Kamera #Korea #Kualiti #Luar #Murah #Pasaran #Pengguna #Rakaman #Rumah #Selamat #Speaker #Terbaik #Utama #Wang

Comments