Hokaloh News Updated: Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan awal - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/bisnes/bursa-malaysia-diniagakan-tinggi-dalam-dagangan-awal-hokaloh-berita/











KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada pagi ini, mendapat rangsangan daripada prestasi baik di Wall Street, apabila momentum belian semalam ditambah dengan sentimen pasaran yang bertambah baik terus meningkatkan minat risiko pelabur.


Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.61 mata kepada 1,711.18 daripada paras penutup 1,703.57 pada Selasa.


Indeks petunjuk pasaran dibuka 7.1 mata lebih tinggi kepada 1,710.67.


Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 196 berbanding 63, manakala 1,519 kaunter tidak berubah, 1,519 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.


Jumlah dagangan berjumlah 155.04 juta unit bernilai RM83.06 juta.






Maybank IB Research Analyst Nik Ihsan Raja Abdullah berkata bursa tempatan dijangka mencatatkan prestasi tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di Wall Street semalaman, yang ditutup tinggi berikutan ketegangan perdagangan yang mereda.


Bagaimanapun, beliau menjangkakan aktiviti pengambilan untung meningkat menjelang hujung minggu.


“Secara teknikal, kami menjangka FBMKLCI diniagakan antara paras 1,695 dan 1,730 hari ini. Paras sokongan rendah dijangka berada pada 1,658 dan 1,630,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.


Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM9.52, Public Bank meningkat enam sen kepada RM23.06, Tenaga menokok 10 sen kepada RM14.58, Petronas Chemicals menambah 14 sen kepada RM8.67, bagaimanapun CIMB susut satu sen kepada RM5.62.


Dalam kalangan kaunter cergas, MRCB susut satu sen kepada 73 sen, SKH Consortium naik satu sen kepada lapan sen, George Kent meningkat 15 sen kepada RM1.44, manakala Nova MSC turun setengah sen kepada 18.5 sen.


Nestle (M) merupakan kaunter untung paling utama dalam sesi pembukaan, naik 50 sen kepada RM148.50, manakala Top Glove menerajui kaunter rugi turun 13 sen kepada RM9.77.


Indeks FBM Emas naik 46.03 mata kepada 12,060.92, Indeks FBMT 100 meningkat 42.14 mata kepada 11,861.47 dan FBM 70 menokok 11.38 mata kepada 14,630.82.


Indeks FBM Emas Shariah meningkat 60.73 mata kepada 12,156.07 dan Indeks FBM Ace naik 25.79 mata kepada 5,343.53.


Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 17.22 mata kepada 16,929.19, Indeks Perusahaan naik 9.16 mata kepada 3,158.87 dan Indeks Perladangan menokok 27.33 mata kepada 7,517.09.–BERNAMA




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Bisnes #Hari #Jumlah #Juta #Kewangan #Malaysia #Msc #Pasaran #Pelabur #Petronas #Raja #Saham #Utama

Comments