Hokaloh News Updated: Penduduk serang, bunuh 300 buaya kerana marah, dendam - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/luar-negara/penduduk-serang-bunuh-300-buaya-kerana-marah-dendam-hokaloh-berita/











PAPUA: Pada Sabtu lepas, Sugito, 40, mengumpul rumput untuk makanan ternakannya, sehingga dia memasuki kawasan ternakan untuk pemuliharaan dan komersial buaya di Sorong, Papua Barat.


Menjadi takdir, Sugito terjatuh di kandang tersebut lalu diterkam buaya dan jeritannya sempat didengar penduduk.


Pekerja di situ turut cuba mendapatkan bantuan menyelamatkannya, tetapi terlambat kerana Sugito akhirnya tewas.


Sugito digigit kakinya, sebelum dilibas buaya.


Menurut AFP, selepas acara pengebumian, sekitar 600 penduduk bersama ahli keluarga mangsa yang tidak berpuas hati mengenangkan nasib menimpa Sugito, menyerang kawasan ternakan buaya tersebut bersenjatakan parang, cangkul, pisau dan alatan tajam lainnya.




Mereka menyerang buaya – yang besar, yang kecil termasuk anak buaya – diseret dari kolam dan diseksa sehingga mati.


Keseluruhan, semua 292 buaya dibunuh sebagai balas dendam atas kematian Sugito.
Polis dikatakan cuba masuk campur dengan menghantar sekitar 40 petugas ke wilayah tersebut, tetapi tidak berjaya menghentikan kemarahan penduduk.


Polis berkata, kemungkinan berlaku kelalaian salah seorang penjaga di tapak ternakan tersebut, sehingga pemilik tapak ternakan dan empat orang lainnya disiasat.


Badan Perlindungan Sumber Daya Alam Papua Barat mengatakan pembunuhan buaya berkenaan tidak sah, tetapi tiada penahanan dilakukan. –Sarawakvoice






(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#LuarNegara #Ahli #Anak #Bunuh #Dendam #Keluarga #Kolam #Pekerja #Polis #Serang

Comments