Hokaloh News Updated: 'Kalau ada pak turut saja, habislah kita' - Berita Terkini

https://hokaloh.news/politik/kalau-ada-pak-turut-saja-habislah-kita-berita-terkini/




JOHOR BAHRU: Keberanian menegur dan sikap keterbukaan dalam parti adalah antara formula terbaik sekiranya mahu merawat dan memulihkan UMNO daripada terus ditolak pendukungnya dan rakyat.


Calon Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hasni Mohammad, berkata apa yang dimaksudkan keberanian itu adalah kebolehan pucuk pimpinan menerima sebarang pandangan dan memberi teguran dalam konteks keterbukaan parti.


Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, perkara itu juga perlu diberi keutamaan, sekali gus langkah terbaik untuk menghakis golongan ‘yes man’ yang dilihat semakin menular dalam parti.


“Apa yang saya nampak, UMNO perlu ada keberanian untuk mengemukakan pandangan atau menerima cadangan. Kita seharusnya meraikan kepelbagaian pendapat, kalau parti ini terus ada ‘pak turut’ sahaja habislah kita.


“Jika dilihat akhir-akhir ini, perkembangan parti lebih dipengaruhi oleh ‘yes man’, disebabkan itu kita tidak dapat hendak melihat atau mengetengahkan keterbukaan dalam kepimpinan. Itu sebenarnya yang menjadikan kita lebih lemah,” katanya ketika dihubungi.


Hasni yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, Johor yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama tidak seharusnya kecundang dalam pilihan raya lalu, namun beberapa kesan yang berlaku akibat kisah dalaman parti mengakibatkan ia goyah dan akhirnya tewas.


“Saya juga yakin, pada pemilihan Sabtu ini, perwakilan bijak meletakkan lebih ramai pemimpin dari Johor yang mampu merubah keadaan berikutan negeri ini yang masih mempunyai sokongan besar rakyat terhadap UMNO.


“Saya rasa peranan antara seorang pemimpin di negeri ini dan pusat amat penting, kita tidak boleh lagi nak menyeragamkan semua, negeri harus lebih banyak kuasa dan lebih banyak peranan yang perlu dimainkan daripada segi parti,” katanya.




قالب وردپرس



#Politik #Pak

Comments