Hokaloh News Updated: Buruh Binaan Bangladesh Maut Dihempap Batu Bata - Berita Hokaloh News

https://hokaloh.news/berita-semasa/buruh-binaan-bangladesh-maut-dihempap-batu-bata-berita-hokaloh-news/




MELAKA – Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut dihempap batu bata ketika sedang bekerja di tapak pembinaan perumahan di Taman Saujana Perdana 2 di Tehel, Jasin di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu berkata Jahan Sharif berusia 20-an, mengalami cedera parah di kepala selepas kayu palet yang mengangkut batu bata berkenaan patah sebelum bahan binaan itu menghempap mangsa dalam kejadian kira-kira 1.15 tengah hari semalam.


“Semasa kejadian kayu palet yang mengangkut batu bata itu sedang diturunkan dari kren dan lelaki berkenaan menyambut bahan binaan berkenaan.


“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Hokaloh News



Artikel oleh Pemuda Penyebar Berita


قالب وردپرس



#BeritaSemasa #Bangladesh #Bata #Batu #Berita #Binaan #Buddy #Buruh #Dihempap #Dunia #Hari #Hokaloh #HokalohNews #Lelaki #Maut #News #PocketNews #Polis #Warga

Comments