Hokaloh News Updated: Pelaburan Saham Patuh Syariah, Kenapa Nak Risau? - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/bisnes/pelaburan-saham-patuh-syariah-kenapa-nak-risau-hokaloh-berita/




Sebut sahaja pelaburan, ramai yang membayangkan skim-skim mengarut, penipuan dan isu yang paling panas; tentang status halal dan haram sesuatu pelaburan.


Itu mungkin bayangan orang yang pernah ditipu atau tidak tahu ramai yang dah kaya-raya sebab membuat pelaburan bijak yang sah dan patuh syariah di Bursa Malaysia.


Di Malaysia, Bursa Malaysia merupakan platform di mana jual beli saham dijalankan. Bursa Malaysia menjadi badan sah, berautoriti dan diiktiraf. Tak ada saham atas angin atau tipu-tipu sebab semua aktiviti ini dipantau dan dijamin selamat.


Ada lebih daripada 900 saham didagangkan, manakala 693 daripadanya merupakan saham patuh syariah. Patuh syariah ini merujuk kepada saham yang disahkan sebagai patuh syariah, mengikut syarat yang ditetapkan dan boleh didagangkan oleh orang Islam.


Jemput baca Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?



Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti


Di Malaysia, kita ada ahli Majlis Penasihat Shariah yang masing-masing mempunyai kelulusan dan memang pakar dalam bidang kewangan Islam.



Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Lebih meyakinkan, Bursa Malaysia turut memperkenalkan Bursa Malaysia-i pada 2016 yang menjadi platform sama seperti Bursa Malaysia tetapi ditambah dengan ciri pematuhan syariah sepenuhnya.


Ini bermaksud semua produk dan perkhidmatan yang disediakan di bawah Bursa Malaysia-i seperti penyenaraian, perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan lain-lain mematuhi ciri-ciri patuh syariah.


Jadi, pelabur khususnya yang beragama Islam mempunyai pilihan untuk menggunakan produk patuh syariah di samping memilih saham patuh syariah untuk berdagang. Tidak timbul isu atau pertikaian tentang halal atau haram pelaburan yang dilakukan jika anda memilih mana-mana dari 693 saham patuh syariah dan berdagang melalui Bursa Malaysia-i.


Bursa Malaysia-i menyediakan sekuriti patuh syariah kepada para pelabur dengan Organisasi Peserta Islamik (PO Islamik) sama ada secara langsung atau dalam talian. Dengan itu, pelaburan patuh syariah sepenuhnya dapat dilakukan.


Sehingga Januari 2018, ada 14 PO Islamik (Broker) yang menawarkan perkhidmatan patuh syariah ini iaitu:


1) Affin Hwang Investment Bank Berhad
2) AmInvestment Bank Berhad
3) BIMB Securities Sdn Bhd
4) CIMB Investment Bank Berhad
5) Hong Leong Investment Bank Berhad
6) Jupiter Securities Sdn Bhd
7) Kenanga Investment Bank Berhad
8) Malacca Securities Sdn Bhd
9) Maybank Investment Bank Berhad
10) RHB Investment Bank Berhad
11) INTER-PASIFIC Securities Sdn. Bhd.
12) MIDF Investment
13) Public Investment Bank
14) TA Securities


Jadi, apa perbezaan aktiviti perdagangan sedia ada dan PO Islamik sebelum dan selepas wujudnya Bursa Malaysia-i?


1. Instrumen
Instrumen pelaburan yang tersenarai di pasaran utama dan ACE Bursa Malaysia Securities Berhad adalah patuh syariah.



2. Perdagangan
PO Islamic dan Konvensional PO telah mengasingkan saluran perdagangan.


3. Depositori
Sekuriti patuh syariah dalam akaun CDS pelabur ditanda dengan kos ‘SP’ yang menunjukkan sekuriti patuh syariah.


4. Clearing
Clearing selepas perdagangan melalui PO Islamik dibuat dan dijamin Shariah-compliant oleh Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd.


5. Penyelesaian
Penyelesaian perdagangan antara PO Islamik dan Bursa Malaysia dilakukan melalui institusi kewangan Islam.


Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja laman web Bursa Malaysia ini. Banyak info menarik yang boleh didapati di sini yang boleh hilangkan keraguan tentang status halal dan haram pelaburan saham di Bursa Malaysia.


Pameran Pelaburan Syariah 2018


Kalau tak puas hati juga, pada 21 dan 22 Julai ini, Bursa Malaysia-i mengadakan Pameran Pelaburan Syariah 2018 bertempat di Dewan Pameran 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan pelbagai aktiviti dan ceramah menarik untuk anda.




Jadi anda boleh ke sana dan dapatkan pelbagai info berguna melalui tapak pameran dan kaunter yang dibuka dan pelbagai ceramah informatif boleh didengar.


Pameran yang bermula dari 9 pagi hingga 7 petang itu menampilkan ramai tokoh berpengaruh dalam pelaburan dan kewangan seperti Tuan Haji Mohd Asri Ahmad (THMA), Suzardi Maulan (Pak Di), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Dato Dr. Nazri Khan.




Jadi apa anda tunggu, masuk pun percuma. Jom pakat serbu pameran ini pada hari Sabtu 21 Julai dan Ahad 22 Julai.


Nak bawak anak-anak pun boleh, kerana pelbagai acara disediakan untuk si kecil seperti Upin & Ipin, badut, permainan pasir dan banyak lagi.





Komen


komen




قالب وردپرس



#Bisnes #Ahli #Akaun #Anak #Dewan #Hari #Islam #Julai #Kewangan #Malaysia #Pak #Pasaran #Pelabur #Pilihan #Raya #Risau #Saham #Selamat #Status #Utama

Comments