Hokaloh News Updated: Rompak wanita kereta rosak, lelaki dijel 28 bulan - Berita Terkini

https://hokaloh.news/berita-semasa/rompak-wanita-kereta-rosak-lelaki-dijel-28-bulan-berita-terkini/




KUALA LUMPUR 29 Jun – Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah kereta rosak, dirompak pula.




Itu situasi yang dialami seorang pekerja swasta minggu lalu apabila dia dirompak ketika sedang menghubungi suaminya bagi memohon bantuan berhubung keretanya yang rosak di tepi lebuh raya di Jalan Kuching di sini.


Mangsa, Norliza Abd. Rahman, 48, yang memberhentikan keretanya di tepi jalan didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal sebelum pintu keretanya dibuka dan begnya dilarikan oleh suspek.


Bagaimanapun, orang awam yang menyedari kejadian tersebut berjaya mengejar suspek dan menangkapnya sekali gus barangan peribadi milik mangsa ditemui semula.


Hari ini, tertuduh, Muhammad Abdul Razak Sjahbudin, 25, menerima pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan selepas lelaki itu mengaku bersalah merompak mangsa dan melarikan sebuah beg hitam mengandungi dokumen peribadi dan alat solek.


Kejadian berlaku di tepi lebuh raya Jalan Kuching di sini pada pukul 5.15 petang, 19 Jun lalu.


Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.


Terdahulu, Muhammad Abdul Razak yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung bapa yang sakit dan dua adiknya yang masih bersekolah selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama, bagaimanapun pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.


Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada hari kejadian. – UTUSAN ONLINE




قالب وردپرس



#BeritaSemasa #Awam #Bapa #Beg #Hari #Lelaki #Motosikal #Peguam #Pekerja #Penjara #Raya #Tangkap #Wanita

Comments