Hokaloh News Updated: Misi dendam Sarawak sasar juara SUKMA 2018 di Perak dengan 77 emas - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/misi-dendam-sarawak-sasar-juara-sukma-2018-di-perak-dengan-77-emas-hokaloh-berita/

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak pada 12 hingga 22 September depan.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kontijen negeri menyasarkan 77 pingat emas menerusi 29 acara sukan dan 434 kategori.
“Untuk mencapai hasrat ini,kita telah melakukan persediaan sejak SUKMA 2016 berakhir.
“Malah kita telah mengadakan Kem Atlet ‘Juh Kepong Emas’ bermula 30 Jun hingga 4 Julai lalu di Kem Belia Pueh, Sematan.
“Ia bertujuan untuk memberikan motivasi kepada kalangan atlet untuk mencapai sasaran kejuaraan ini,” tambahnya.

Pada masa yang sama, program Countdown of SUKMA 2018 sempena 50 hari menuju kejohanan akan diadakan pada 24 Julai ini di Dataran Perayaan di Petra Jaya.
“Kesemua atlet SUKMA 2018 juga akan berkampung di UNIMAS, Samarahan bermula 12 hingga16 Ogos depan sebagai persediaan menghadapi kejohanan ini,” tambahnya.
Pemilihan atlet untuk SUKMA sebelum ini dilaksanakan menerusikan Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR), yang dihidupkan semula bermula pada 14 hingga 17 Disember lalu.
Ia menyaksikan penglibatan 1,436 atlet daripada 12 Bahagian di Sarawak.
Dalam kejohanan ini, Zon Utara yang merangkumi Limbang, Miri dan Bintulu muncul juara. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Sukan #Bahagian #Dendam #Hari #Juara #Julai #Malaysia #Menteri #Perak #Sarawak
Comments
Post a Comment