Hokaloh News Updated: Lim: K'jaan mungkin jual barangan dirampas - Berita Terkini

https://hokaloh.news/berita-semasa/lim-kjaan-mungkin-jual-barangan-dirampas-berita-terkini/




Kerajaan akan berusaha menjual kebanyakan barangan  mewah yang dirampas dari kediaman yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.


Bercakap kepada Associated Press (AP) dalam temu bual hari ini, Lim berkata barangan yang dianggarkan bernilai sehingga RM1.1 bilion itu, hanyalah sebahagian kecil daripada RM50 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB yang ditubuhkan Najib.


“Kita akan berusaha menukarkan kepada wang apa sahaja yang kita perolehi tetapi ingat ini sebenarnya tiada apa berbanding jumlah yang telah dirompak dari negara ini,” katanya dipetik sebagai berkata.


Lim berkata beliau turut terkejut dengan rampasan yang dilakukan pihak polis.


Beliau merujuk kepada pengumuman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada Rabu yang mendedahkan nilai barangan yang dirampas daripada enam kediaman yang dikaitkan dengan Najib bulan lepas bernilai sehingga RM1.1 bilion.


Barangan tersebut termasuk ribuan unit barangan kemas,  beratus-ratus beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam.


Najib bagaimanapun mendakwa barangan rampasan itu merupakan hadiah dan menyatakan penilaian polis dibuat secara “subjektif dan tidak realistik”.


Serbuan polis itu merupakan sebahagian daripada siasatan baru berhubung skandal 1MDB.




قالب وردپرس



#BeritaSemasa #1Mdb #Beg #Hadiah #Hari #Jabatan #Jam #Jumlah #Kemas #Kerajaan #Mewah #Najib #Negara #Nilai #Rampasan #Wang

Comments