Hokaloh News Updated: Cuba salur dana semula, Zahid dedah SPRM beku akaun UMNO - Berita Terkini
https://hokaloh.news/politik/cuba-salur-dana-semula-zahid-dedah-sprm-beku-akaun-umno-berita-terkini/

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor hari ini, sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan semula.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden itu berkata selepas ini tidak mustahil SPRM juga akan membekukan akaun UMNO Johor.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semalam dan akaun UMNO Johor hampir pasti akan dibekukan tidak lama lagi.
“Semalam keluar surat, hari ini kena beku,” katanya lapor Berita Harian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan beberapa calon Naib Presiden serta Majlis Tertinggi (MT) UMNO dari Johor dan negeri lain.
Ahmad Zahid berkata, Menteri Dalam Negeri [Muhyiddin Yassin] hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (ROS) membatalkan pendaftaran UMNO dalam tempoh terdekat.
“Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pada pemilihan kali ini, tidak akan disiasat kerana kita bukan lagi kerajaan. Ini termasuk bekas Menteri Besar,” kata dipetik Berita Harian.
Ahmad Zahid berkata, sekarang bukan masanya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya cuba mencari Presiden yang boleh merelevankan UMNO dengan orang ramai.
Katanya, Presiden UMNO mesti mampu menimbulkan semula “kapal yang tenggelam” dan bekerjasama dengan semua timbalan, naib, MT serta ahli di peringkat akar umbi.
“Kita sekarang ini memilih Presiden menghidupkan semula UMNO, ‘membaiki rumah yang terbakar’. Dari 88 kerusi (Parlimen), tinggal 54 dan semalam, tinggal 52.
“UMNO 1.0 ditubuhkan pada 1946 untuk menentang penjajah disebabkan Malayan Union, pada 1988 UMNO diharamkan dan muncul UMNO 2.0.
“Kini, UMNO digugat daripada 13 (komponen Barisan Nasional) kepada tiga, sama seperti Parti Perikatan. Berikutan itu UMNO perlu dirombak dan saya akan rombak UMNO 3.0 ini dari luar dan dalam,” kata lagi.
DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta
KLIK BACA: Siasat barang dirampas, Umno tak tahu jika salah bawa dia ke muka pengadilan – Khairy
KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah
KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin
KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…
KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
#Politik #Sprm #Umno #Zahid
Comments
Post a Comment