Hokaloh News Updated: Ular tedung sembunyi dalam beg sekolah murid - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/luar-negara/ular-tedung-sembunyi-dalam-beg-sekolah-murid-hokaloh-berita/

TAMIL NADU: Murid kelas 9 di Kamarajnagar, Krishnagiri, Tamil Nadu, India dalam perjalanan satu kilometer dari rumah menuju sekolahnya.
Ketika dia mahu mengeluarkan bukunya, dia terkejut mendapati ada ular tedung bersembunyi di dalam beg dibawanya.
Time of India pada Khamis melaporkan:
“Dia terus melempar begnya dan lari sejauh mungkin.”
Rakaman video viral memperlihatkan ular tedung bersaiz biasa mendesis keluar dari beg pelajar tersebut.
Staf sekolah berkata, bayangkan jika murid tersebut memasukkan tangannya ke dalam beg tanpa melihatnya isinya terlebih dulu.
Murid itu menjangka ular tedung tersebut memasuki begnya semasa dia menggantung begnya di sudut biliknya sejak Jumaat minggu lepas, dan tidak membukanya sehingga waktu persekolahan pada Isnin lepas.
Ular tedung sangat berbisa dan di India sekitar 46,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat patukan ular bekenaan. –Sarawakvoice

(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#LuarNegara #Beg #Dunia #Kelas #Pelajar #Rakaman #Rumah #Sekolah #Video #Viral
Comments
Post a Comment