Hokaloh News Updated: 8 senator angkat sumpah hari ini, Bahrin, Radzi, Tong mungkin dilantik Timb. Menteri - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/luar-negara/8-senator-angkat-sumpah-hari-ini-bahrin-radzi-tong-mungkin-dilantik-timb-menteri-hokaloh-berita/

KUALA LUMPUR: Lapan senator dilantik di Dewan Rakyat hari ini terdiri daripada Pengerusi Dap Johor Liew Chin Tong, Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Nama lain dilantik senator ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang Marzuki Yahya serta Ketua Bersatu Ketereh Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Ismail Ibrahim dan Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Hussein Awang serta pendakwah Asmak Husin.
Selepas pelantikan tersebut, ada kalangan senator berkenaan mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik sumber Bernama, upacara mengangkat sumpah Anggota Dewan Negara itu berlangsung 2 petang ini di Parlimen.
Sementara, laporan tersebut menyebut istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri turut diadakan 3.30 petang, di Istana Negara.
Sumber Malaysia Dateline melaporkan kemungkinan Raja Kamarul Bahrin, Dr Mohd Radzi dan Chin Tong dilantik Timbalan Menteri.
Pelantikan tersebut melengkapkan kabinet Mahathir terdiri daripada 29 menteri seperti diumumkan beliau awal Julai lepas.–Sarawakvoice

(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#LuarNegara #Amanah #Dap #Dewan #Harapan #Hari #Jawatan #Julai #Kabinet #Kerajaan #Laporan #Mahathir #Malaysia #Menteri #Negara #Parlimen #Parti #Pas #Raja #Rakyat
Comments
Post a Comment