Hokaloh News Updated: Netizen Naik Geram Dengan 6 Selebriti Yang Ada ‘Gigi Arnab’ Ni - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/hiburan/netizen-naik-geram-dengan-6-selebriti-yang-ada-gigi-arnab-ni-hokaloh-berita/

Penampilan yang cantik sering berkait rapat dengan keadaan fizikal seseorang. Biarpun adakalanya fizikal seseorang itu dianggap kurang sempurna namun sesetangahnya masih bisa kelihatan menarik hati. Selain tompok freckles, ‘gigi arnab’ sering menjadi perhatian kerana ia mampu membuatkan seseorang kelihatan comel… biarpun sudah berumur.
Untuk pengetahuan umum, ini enam selebriti yang menjadi pujaan ramai kerana penampilan ‘gigi arnab’ mereka.
#1 NaYeon -TWICE
Geram betul tengok Nayeon ni kan? Rasanya kalau gigi dia normal, mesti dia tak akan kelihatan comel macam sekarang ni.

#2 Cinta Laura
Siapa tak kenal dengan selebriti indonesia yang ini. Pernah bergandingan dengan Agnes Monica dalam sinetron “Ku T’lah Jatuh Cinta” suatu ketika dahulu, penampilan gigi arnabnya memang seraya menyerlahkan penampilan dirinya yang tak jemu dipandang orang tu.

#3 Kristen Stewart
Heroin filem The Twilight, walaupun dia sering dikaitkan sebagai seorang gadis yang biseksual, Kristen Stewart tetap kelihatan comel dengan penampilan gigi arnabnya!

#4 Siti Saleha
Artis Malaysia yang seorang ni memang molek belaka, lebih-lebih lagi dengan penampilan giginya yang sebegitu rupa!

#5 Ileana D’Cruz
Merupakan seorang bintang Bollywood yang berkebolehan, bentuk giginya itu sering menjadi perbualan dalam kalangan netizen sekaligus menjadikan ian trademark dirinya yang selalu diingati.

#6 Agnes Monica
Memang tak dinafikan, sedikit-sebanyak penampilan ‘gigi arnab’ yang dimiliki Agnes Monica ini buat dia kelihatan lebih manis dan comel! Sejak dari dulu lagi penulis suka perhatikan senyuman dia.

Dalam ramai-ramai ni, bintang wanita mana yang paling comel menurut korang?
Jadi kalau ada ‘gigi arnab’ tu tak perlu rasa menyesal pun. Sebenarnya korang nampak sweet sangat! ❤
RUJUKAN
#Hiburan #Cinta #Gadis #Indonesia #Malaysia #Wanita
Comments
Post a Comment