Hokaloh News Updated: Ekonomi : MIDA, Invest Selangor jalin kerjasama tingkat rangkaian bekalan logistik - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/berita-semasa/ekonomi-mida-invest-selangor-jalin-kerjasama-tingkat-rangkaian-bekalan-logistik-hokaloh-berita/







KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Industri logistik berkembang pesat di Malaysia terutama di Lembah Klang, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi digital dan industri 4.0 di negara ini.

Menyedari potensi Selangor untuk menjadi pintu masuk logistik ke Asia Tenggara dan memenuhi keperluan rantau ASEAN dan Asia Pasifik, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Selangor Bhd (Invest Selangor) telah menjalin kerjasama dalam penganjuran forum pelaburan berkenaan industri logistik di Shah Alam hari ini.


Acara separuh hari dengan tema ‘Memperkenalkan Rantaian Bekalan Logistik di Selangor’ itu telah menarik kira-kira 200 peserta logistik.


Ia dirasmikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.


Turut hadir pada majlis ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Arham Abdul Rahman, dan CEO Invest Selangor Datuk Hasan Azhari Idris.


Dalam satu kenyataan di sini, Teng berkata inisiatif seumpama itu akan diteruskan untuk menjadikan Selangor hab serantau untuk logistik.


“Kami mahu melihat lebih banyak kerjasama antara Invest Selangor dan MIDA serta agensi dan pertubuhan lain yang berkaitan, untuk meningkatkan rantaian bekalan logistik di Selangor,” tambah Teng.


Sementara itu, Arham berkata, sebagai negara perdagangan ke-24 terbesar di dunia, industri logistik Malaysia memainkan peranan penting dalam membolehkan pertumbuhan rantaian bekalan negara.


“Melalui penglibatan MIDA yang berterusan dengan pemain industri, kami menyaksikan peningkatan trend syarikat yang menceburi aktiviti lebih khusus.


“Kami berharap dapat melihat lebih banyak pihak mencontohi amalan terbaik ini serta memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, seperti Perkhidmatan Logistik Bersepadu (ILS) dan Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (IILS) untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat Malaysia dalam industri logistik,” kata beliau.


Setakat April 2018, MIDA telah meluluskan 89 projek ILS dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5.9 bilion.


Sementara itu, 123 syarikat telah diluluskan dengan status IILS yang membolehkan mereka mendapatkan Lesen Penghantaran Barang dari Kastam.


— BERNAMA


 




قالب وردپرس



#BeritaSemasa #Barang #Digital #Dunia #Hari #Julai #Jumlah #Kerajaan #Malaysia #Negara #Pegawai #Pemain #Selangor #Status #Terbaik

Comments