Hokaloh News Updated: Piala Uggah rebutan 32 pasukan di Spaoh - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/piala-uggah-rebutan-32-pasukan-di-spaoh-hokaloh-berita/

SPAOH: Sebanyak 32 pasukan telah mengesahkan penyertaan ke Pertandingan Futsal Terbuka Spaoh bagi merebut Piala Datuk Amar Douglas Uggah Embas Edisi Ke-3, 2018 yang akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai ini.
Pengerusi AJK pertandingan, Muzaid Haji Satar berkata, pihaknya telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan kali ini.
Katanya, pertandingan tersebut adalah anjuran Pemuda PBB Ranting Kampung Spaoh dan semua perlawanan tersebut akan diadakan di Gelanggang Futsal Pekan Spaoh.
“Kejohanan yang dianjurkan ini adalah edisi yang ke-3 dianjurkan di mana turut mendapat penyertaan yang banyak daripada pasukan dan jaguh dalam kalangan pemain dan pasukan futsal negeri akan bakal beraksi di daerah Spaoh nanti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama-sama ahli jawatankuasa di sini hari ini.
Antara pasukan besar yang telah mengesahkan penyertaan iaitu juara bertahan edisi musim lalu, H Cromo FT dari Bintulu, Kasika CF (Kuching), PFA KTT (Kuching), Twister Bintulu, Velocity FC, Braca FT (Samarahan), Neo Nexus FT (Kuching) dan Matrix United (Sarikei).

Menurut beliau, penyertaan daripada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan pada kali ini begitu menarik apabila majoriti pasukan yang menghantar adalah pasukan dari luar Bahagian Betong.
Jelas Muzaid, kejohanan ini turut memberi peluang kepada pelbagai pasukan dan kelab dari seluruh negeri untuk bertanding bagi merebut piala berprestij itu dan berpeluang menguji kehebatan masing-masing.
Tambah beliau, pihaknya juga tidak lupa kepada penyumbang utama pertandingan ini iaitu Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang telah turut sama berusaha mengadakan pertandingan ini dan banyak menyumbangkan dari segi kewangan untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini.
“Adalah menjadi harapan dan sandaran penganjuran pada kali ini, kejohann ini akan mendapat sambutan dan sokongan daripada orang ramai dengan hadir beramai-ramai menyaksikan pertembungan beberapa perlawanan yang bakal disajikan oleh setiap pasukan,” jelasnya sambil menjelaskan tarikh tutup penyertaan pada 20 Julai 2018 dan yuran pendaftaran berjumlah RM100 setiap pasukan.
Muzaid menambah, Pertandingan Futsal Terbuka Spaoh Piala Datuk Amar Douglas Uggah Embas ini menawarkan hadiah lumayan kepada yang terlibat.
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000, piala serta pingat, naib juara RM2,500, piala serta pingat dan ketiga bersama pula mendapat RM1,000, piala serta pingat.
Majlis perasmian dan sepak mula pertandingan dijangka akan disempurnakan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Sukan #Ahli #Bahagian #Dewan #Hadiah #Harapan #Hari #Juara #Julai #Kampung #Kewangan #Luar #Menteri #Pemain #Pemuda #Pulang #Sambutan #Utama #Wang
Comments
Post a Comment