Hokaloh News Updated: Antara sejarah, tradisi dan kejutan dalam Piala Dunia 2018 - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/antara-sejarah-tradisi-dan-kejutan-dalam-piala-dunia-2018-hokaloh-berita/

SEJARAH dan tradisi temasya bola sepak Piala Dunia tidak pernah menyaksikan ada pasukan kurang ternama berada di pentas juara.
Malah sejarah dan tradisi juga menyaksikan hanya pasukan gergasi yang menguasai takhta juara. Buktinya Brazil juara lima kali (1958, 1962, 1970, 1994, 2002) , Itali empat kali (1934, 1938, 1982 & 2006), Jerman empat kali (1954, 1974, 1990 & 2014) diikuti Argentina (1978 & 1986) dan Uruguay (1930 & 1950) masing-masing dua kali. Manakala Sepanyol (2010), England (1966) dan Perancis (1998) masing-masing sekali.
Adakah sejarah dan tradisi akan terus kekal atau sebaliknya. Apa yang pasti sejarah baharu akan tercipta andainya Belgium atau Croatia yang muncul juara. Namun tradisi akan berterusan jika Perancis atau England yang juara.
Bagaimanapun kejutan demi kejutan yang berlaku sepanjang pusingan pertama, kedua dan suku akhir memungkinkan sejarah dan tradisi Piala Dunia akan ‘lebur’ kali ini.
Bermula daripada penyingkiran Jerman dalam pusingan pertama, diikuti Sepanyol, Argentina dalam pusingan kedua dan kemudiannya disusuli Brazil di peringkat suku akhir.

Hanya tinggal dua nama besar (Perancis dan England) yang akan mengiringi dua pasukan kurang ternama (Belgium dan Crotia) untuk memburu tiket final.
Perancis akan menentang Belgium jam 2.00 pagi Rabu waktu Malaysia, manakala England akan bersemuka dengan Croatia jam 2.00 pagi Khamis waktu Malaysia.
Di atas kertas, Perancis dan England menjadi sebutan untuk berentap dalam perlawanan akhir Ahad ini jika mengambil kira faktor sejarah dan tradisi. Malah jika mengambil kira faktor prestasi, Perancis, England dan Belgium agak setaraf. Mungkin Croatia berada sedikit di belakang.
Bagaimanapun, kejayaan mengalahkan juara dunia lima kali, Brazil di peringkat suku akhir telah ‘mengangkat’ nama Belgium sebagai calon final… malah tidak keterlaluan untuk ‘menjulang’ mereka selaku juara baharu. Ia bukanlah mengejutkan kerana Belgium berada di ranking ketiga dunia sebelum bermulanya Piala Dunia 2018.
Belgium kali ini dikatakan sebagai pasukan ‘generasi emas’ gara-gara kehadiran tiga bintang daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Eden Hazard (Chelsea), Romelu Lukaku (Manchester United) dan Kevin De Bruyne (Manchester City).

Walau apa pun, Perancis tidak akan membiarkan peluang berlalu pergi, malah mereka begitu teruja untuk mengulangi pencapaian 1998 dengan adanya nama-nama besar seperti Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, Paul Pogba dan Blaie Matuidi. Oleh itu, pertemuan Perancis-Belgium dianggap berada dalam keadaan 50-50.
England pula tidak rela penantian 52 tahun akan berlanjutan sehingga Piala Dunia Qatar 2022. Mereka mahu melakukan apa yang dilakukan oleh barisan bintang 1966 yang diketuai Bobby Charlton. Dengan adanya bakat-bakat hebat seperti Harry Kane, Jordan Pickford, Raheem Sterling, Harry Maguire dan Delle Alli skuad England 2018 berpotensi untuk juara.
Mungkin agak sukar untuk Croatia. Penyertaan dua bintang hebat La Liga Sepanyol, Luka Modric (Real Madrid) dan Rakitic (Barcelona) bagaikan belum mencukupi untuk ‘menyempurnakan’ mereka sebagaimana Belgium, Perancis dan England. Oleh itu Croatia nampaknya memerlukan faktor nasib dan tuah untuk juara. –Sarawakvoice
Awang Shahferi Adeni merupakan editor sukan berpengalaman di Sarawak
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Sukan #Argentina #Belgium #Bola #Brazil #Dunia #England #Jam #Jerman #Juara #Malaysia #Rela #Sarawak #Sejarah #Sepanyol
Comments
Post a Comment