Hokaloh News Updated: Tun M jejak kaki kali pertama ke Sarawak pagi ini, selepas diangkat sebagai PM - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/politik/tun-m-jejak-kaki-kali-pertama-ke-sarawak-pagi-ini-selepas-diangkat-sebagai-pm-hokaloh-berita/

KUCHING: Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad dan isteri,Tun Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar jam 10.15 pagi ini.
Beliau disambut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan anggota kabinet negeri, selain Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.
Sejurus tiba, Tun M terus terus bergegas ke The Cove di Santubong untuk menghadiri majlis akad nikah Diana Dayang Moggie Arriaga dan pasangannya.
Perdana Menteri yang dalam kunjungan pertamanya ke Sarawak selepas dipilih sebagai Perdana Menteri akan turun menghadiri majlis persandingan mempelai, yang juga cucu Tan Sri Leo Moggie pada jam 7.50 malam.
Pada jam 8.00 pagi esok, Tun M akan berkunjung ke Wisma Bapa Malaysia untuk menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri sebelum kembali ke Kuala Lumpur sekitar jam 11.30 pagi.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka hadir pada majlis resepsi dan taklimat yang diadakan esok. –Sarawakvoice

(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Politik #Bapa #Jam #Kabinet #Mahathir #Malaysia #Menteri #Nikah #Pengguna #Pm #Sarawak #Tan
Comments
Post a Comment