Hokaloh News Updated: Tangan putus tersangkut rim motor, Nur Zulaikha minta bapa tangan palsu - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/berita-semasa/tangan-putus-tersangkut-rim-motor-nur-zulaikha-minta-bapa-tangan-palsu-hokaloh-berita/


Terengganu, 13 Julai – Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, yang putus tangan kiri akibat baju sejuk bersaiz besar dipakainya tersangkut di rim motosikal dinaikinya dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok, Marang, malam tadi.
Bapa mangsa, Zulkifli Mohamad, 38, berkata, Khumaira yang membahasakan dirinya sebagai kakak bertanya kepadanya, “aboh, bila kakak nok pakai tangan palsu?” sebaik membuka matanya apabila sedar selepas keluar daripada bilik pembedahan pagi tadi.
Dia terkejut apabila Khumaira menanyakan soalan berkenaan dalam usianya yang masih muda dan seakan-seakan sudah menerima hakikat bahawa tangannya tidak dapat diselamatkan.
“Apabila kakak mengajukan soalan begitu, saya terkejut bagaimana dia boleh tahu mengenai perkara itu (tangan tidak dapat diselamatkan), namun saya dan isteri cuba memberi semangat kepadanya supaya jangan putus asa,” katanya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu, hari ini, lapor MyMetro.
Sementara itu, kakak saudara mangsa ketika menceritakan insiden malang itu berkata, sebelum kejadian dia mengajak Khumaira menemaninya ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk mengambil cop pengesahan borang biasiswa bagi menyambung pelajarannya di kolej.
“Khumaira duduk di belakang dan adik bongsunya berusia dua tahun duduk di tengah.
“Saya hanya mula menyedari kejadian apabila motosikal tiba-tiba bergerak perlahan dan ada suara mengadu sakit di belakang.
“Apabila saya berpaling, Khumaira sudah berada di atas jalan, jadi saya memberhentikan motosikal sambil memegang adiknya yang masih di belakang,” katanya.
Namun kanak-kanak itu disifatkan sebagai kanak-kanak luar biasa apabila langsung tidak menangis sepanjang kejadian itu sebelum dibantu penduduk kampung yang kemudian menghantarnya ke klinik berdekatan.
KLIK BACA: Kak Ros disaman 60 juta tengok saja emas permata, sediakan cepat tabung kedua?
KLIK BACA: Selagi Jho Low belum ditangkap jangan berani serah kuasa kepada Umno-BN semula
KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland
KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib
KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”
KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
#BeritaSemasa #1Mdb #Bapa #Hari #JhoLow #Julai #Juta #Kampung #KanakKanak #Kuasa #Luar #Motosikal #Najib #Negara #Peguam #Pemimpin #Rumah #Tabung #Umno
Comments
Post a Comment