Hokaloh News Updated: Fynn Jamal Mohon Doa Untuk Kesembuhan Suami - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/hiburan/fynn-jamal-mohon-doa-untuk-kesembuhan-suami-hokaloh-berita/

Perkongsian selebriti Fynn Jamal mengenai suaminya yang jatuh sakit ternyata mengundang pelbagai persoalan daripada para peminat mengenai statusnya yang terkini.
Terlalu ‘Berat’ Untuk Beritahu Penyakit Suami
Semuanya tercetus apabila Fynn meminta semua peminatnya mendoakan agar diberi kesembuhan kepada suaminya, Hazrilfitri Hadzir yang sedang sakit.
Menurut Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin menjelaskan ‘terlalu berat’ untuk dia berkongsi penyakit suaminya itu dan meminta agar diberikan ruang dan masa.
Mohon Doa Untuk Suami
Dalam beberapa ‘posting’ lain, boleh dikatakan hampir setiap hari Fynn memohon doa untuk suaminya malah dalam masa yang sama dia turut memohon maaf kepada pengikutnya sekiranya statusnya di Instagram lebih merujuk kepada suaminya. Apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Fynn sekeluarga!
#Hiburan #Hari #Instagram #Jamal #Terbaik
Comments
Post a Comment