Hokaloh News Updated: Azahar tarik diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar - Berita Terkini

https://hokaloh.news/politik/azahar-tarik-diri-bertanding-jawatan-ketua-umno-bahagian-kangar-berita-terkini/




KANGAR 29 Jun – Salah seorang calon bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Azahar Hassan mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu, esok.




Serentak dengan itu, Azahar juga mengumumkan keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang disertainya sejak 29 tahun lalu.


Azahar yang juga merupakan seorang guru berkata, sebagai penjawat awam, dia menerima tekanan hebat daripada pihak atasan khususnya apabila dia mengambil keputusan untuk bertanding jawatan di dalam parti politik sebelum ini.


Katanya, selain menerima pelbagai tekanan, dia juga diarahkan untuk tidak terlibat dalam pemilihan tersebut.


“Dengan ini, saya mengumumkan untuk menarik diri daripada pertandingan tersebut (jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar) selain membuat keputusan keluar daripada parti dan menyokong Pakatan Harapan.


“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira segala implikasi selain mendengar nasihat daripada penjawat-penjawat awam lain mengenai perkara itu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pimpinan UMNO negeri dan Bahagian yang telah banyak berjasa selama ini,” katanya di sini hari ini.


Perkembangan tersebut sekali gus bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar iaitu membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Naib Ketua UMNO Bahagian, Azahar Ahmad dan Zulkefly Wahab. – UTUSAN ONLINE




قالب وردپرس



#Politik #Awam #Bahagian #Harapan #Hari #Parti #Perlis #PolitikDanKerajaanPartiDanPergerakanPolitik

Comments