Hokaloh News Updated: Sarawak akan lancar Kempen Lawat Sarawak selepas kejayaan capai 4.85 juta pelawat pada 2017 – Abdul Karim - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/bisnes/sarawak-akan-lancar-kempen-lawat-sarawak-selepas-kejayaan-capai-4-85-juta-pelawat-pada-2017-abdul-karim-hokaloh-berita/











KUCHING: Sarawak menerima kunjungan 4.85 juta pelawat yang berbelanja sekitar RM 8.59 bilion pada tahun lalu, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.


Menurutnya, jumlah ketibaan ini menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 4.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.


“Lima negara yang menyumbang kepada jumlah pelancong tiba ini ialah Brunei Darussalam (1.73 juta), Indonesia (513,442), Filipina (68,380), Singapura (42,177) dan China (38,204)


Sepanjang bulan Januari hingga Mei tahun ini, katanya, angka ketibaan pelancong adalah sekitar 1,750,640 orang, dengan angka kenaikan positif pelancong yang tiba dari China dan Singapura.


“Sejumlah 19,641 pelancong China telah menjejakkan kaki ke Sarawak dalam tempoh Januari hingga Mei 2018, dan ini merupakan kenaikan yang menggalakkan sebanyak 20.22 pratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017.






“Ini disebabkan oleh penerbangan langsung Kuching-Shenzhen yang bermula pada Disember 2017,” jelasnya dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini sebentar tadi.


Kata Abdul Karim, dalam tempoh yang sama pada 2018, pengunjung Singapura turut menunjukkan peningkatan sebanyak 15.80 peratus, yang menyaksikan ketibaan 17,856 warga Singapura.


“Berdasarkan prestasi dan trend beberapa bulan kebelakangan ini, kementerian saya menyasarkan ketibaan 4.5 juta pelawat dan menjangkakan resit pelancongan sekitar RM8.05 bilion.


“Untuk memastikan ketibaan pelawat terus ramai, kementerian saya secara aktif akan memulakan Kempen Melawat Sarawak atau Visit Sarawak Campaign yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.


“Kementerian saya akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk menyampaikan misi kami untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama dunia,” tambahnya lagi.


Mengenai cukai pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, Abdul Karim berkata, kerajaan Sarawak akan diberi 50 peratus atau RM5 untuk setiap cukai sebanyak RM10 bagi setiap bilik setiap malam yang dikutip dari pelancong asing.


“Kementerian saya ingin melaporkan bahawa sejumlah RM439,731 telah dikutip untuk tempoh antara September 2017 hingga Disember 2017.


“ Kementerian saya kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Persekutuan untuk menentukan bagaimana mereka dapat menyalurkan peruntukan kepada kami supaya hasil cukai ini dapat digunakan untuk melaksanakan program dan inisiatif berkaitan pelancongan,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Bisnes #China #Dewan #Dunia #Indonesia #Jumlah #Juta #Kementerian #Kerajaan #Menteri #Negara #Pelancong #Peruntukan #Sarawak #Singapura #Utama #Warga

Comments