Hokaloh News Updated: 104 minggu untuk semua wakil rakyat, Setiausaha Politik turun padang pantau projek GPS - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/104-minggu-untuk-semua-wakil-rakyat-setiausaha-politik-turun-padang-pantau-projek-gps-hokaloh-berita/











KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021 kelak.


Ketua Menteri; Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah awal yang perlu dilakukan adalah memastikan segala projek yang telah diluluskan perlu dipantau perkembangannya.


Justeru itu katanya, semua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri (CMPolsec) perlu lebih kerap turun padang untuk memastikan projek yang dilaksanakan itu berjalan mengikut perancangan.


“Jika kita (GPS) mahu menang (PRN Ke-12) kita mesti turun padang.


“Pantau perkembangan projek yang telah diluluskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah anjuran Pejabat CMPolsec di salah sebuah hotel di sini hari ini.






Menurutnya, kerajaan di bawah pimpinan GPS mempunyai 104 minggu untuk memantau perkembangan semua projek di negeri ini.


Malah CMPolsec perlu mengemas kini seterusnya melaporkan perkembangan projek setiap tiga minggu.


“Dengan pendekatan itu, selain kerjasama rapat dengan wakil rakyat di konstituensi, GPS diyakini akan dapat menambat hati rakyat, terutama dalam tempoh dua tahun terakhir penggal ini.


Katanya, kekerapan CMPolsec turun padang akan dapat memastikan dasar kerajaan disampaikan kepada rakyat.


“Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mendekati rakyat bagi merasai sendiri denyut nadi di peringkat akar umbi.


“Paling mudah, kita hadir apabila dijemput ke majlis di kawasan sebagai contohnya.


“Dengan cara itu kita akan lebih dekat dengan rakyat malah disenangi,” katanya.


Tegasnya, usah utamakan urusan yang kurang penting.


“Utamakan rakyat yang telah memberi mandat kepada kita agar kita menyuarakan keluh kesah mereka.


GPS katanya, harus bersedia di setiap sudut bersama-sama jentera untuk memastikan masyarakat di akar umbi memahami dasar kerajaan termasuk perjuangan untuk menuntut kembali hak Sarawak. –Sarawakvoice




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Hari #Kerajaan #Langkah #Menteri #Parti #Pilihan #Politik #Rakyat #Raya #Sarawak

Comments