Hokaloh News Updated: GST dapat kurangkan aktiviti ekonomi gelap, kata bekas Tim Menteri Kewangan - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/bisnes/gst-dapat-kurangkan-aktiviti-ekonomi-gelap-kata-bekas-tim-menteri-kewangan-hokaloh-berita/

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan gambar rajah pengiraan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan SST yang sedang tersebar di media sosial adalah tidak tepat, bukan sahaja dari segi pengiraan tetapi juga pemahaman GST.
Menurut beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan, pengiraan yang ditunjukkan tidak mengambil kira sistem percukaian GST yg membenarkan peniaga menuntut kredit cukai input daripada Kastam bagi setiap GST yang dibayar oleh peniaga.
“Sepatutnya GST tidak akan menyebabkan tekanan terhadap peningkatan harga sekiranya dibandingkan dengan sistem SST jika peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang mereka.
Kedua, kata Johari, sebarang kenaikan harga barang sebenarnya tidak dipengaruhi oleh faktor cukai GST tetapi beberapa faktor utama yang lain.
“Permintaan dan pembekalan barangan di dalam pasaran sumber bahan mentah sama ada diimport atau tempatan, kadar tukaran mata wang, margin keuntungan yang diambil peniaga dan kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Dalam perbahasan berkenaan SST vs GST ini, kebanyakan dari kita tidak menumpukan kepada kebaikan sistem GST yang mampu membendung dan mengurangkan aktiviti ekonomi gelap,” katanya lagi.
Menurut Johari lagi, sistem GST adalah telus dan cekap, manakala sistem SST akan memberi peluang kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk lari daripada membayar cukai dan ianya agak sukar untuk kerajaan memantaunya.
“Kecekapan sistem GST ini juga membolehkan Kerajaan menambahkan pendapatan (melalui cukai black ekonomi) yang kemudiannya dibelanjakan untuk manfaat rakyat,” katanya.
Katanya, terdapat lebih daripada 170 negara telah melaksanakan sistem GST ini dan tidak ada sebuah negara pun berpatah balik dari sistem ini melainkan negara Malaysia.
“Sistem ini diiktiraf oleh badan dunia seperti IMF dan World Bank,”tegasnya. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Bisnes #Barang #Dunia #Hari #Kadar #Kerajaan #Kewangan #Kualiti #Malaysia #Menteri #Negara #Pasaran #Pengguna #Rakyat #Umno #Utama #Wang
Comments
Post a Comment