Hokaloh News Updated: Tun M berpuas hati dengan pembangunan Sarawak, mahu jalin kerjasama lebih erat - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/politik/tun-m-berpuas-hati-dengan-pembangunan-sarawak-mahu-jalin-kerjasama-lebih-erat-hokaloh-berita/

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad amat berpuas hati dengan rancangan dan pembangunan yang berlangsung di Sarawak.
Menurutnya, Tun M yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sarawak, kagum dengan pembangunan Kuching, yang disifatnya sebagai bersih dan indah.
“Tetapi yang penting beliau juga menggalakkan usaha kita membangunkan luar bandar di samping memperguna aset yang kita ada.
“Beliau cadangkan kita supaya membuat kajian mengenai sungai, supaya sungai dapat menjadi aset yang boleh memberi jaminan kepada pembangunan masa depan,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah E-dok di Pusat Konvensyen Penview di sini.
Katanya, biarpun ditadbir oleh dua kerajaan yang berbeza katanya, Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa kerjasama dan kaloborasi antara kedua-dua pihak akan tetap ditingkatkan untuk memastikan pembangunan negeri Sarawak berterusan.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Tun M berpesan agar kurikulum untuk kanak-kanak pendidikan awal kanak-kanak sedia ada ditukar.
“Perdana Menteri ada menyatakan bahawa dia telah memaklumkan kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan kanak-kanak agar mengubah suai kurikulum yang sedia ada.
“Saya menyokong idea ini jadi ia perlu diubah suai.
“Sarawak akan lakukannya ketika proses interim ini, agar kita lebih bersedia,” tambahnya lagi.
Tun M katanya, turut berpesan agar wujud kerjasama di antara dua kerajaan ini dalam memastikan sistem pendidikan awal kanak-kanak yang lebih moden, sesuai dan dapat membentuk perwatakan yang berdikari dan bertanggungjawab. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Politik #Bandar #Hari #KanakKanak #Keluarga #Kerajaan #Luar #Menteri #Pendidikan #Sarawak #Wanita
Comments
Post a Comment