Hokaloh News Updated: Beg, barang kemas dirampas dinilaikan RM900 juta hingga RM1.1 bilion "Polis" - Berita Terkini

https://hokaloh.news/politik/beg-barang-kemas-dirampas-dinilaikan-rm900-juta-hingga-rm1-1-bilion-polis-berita-terkini/




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh menunjukkan foto kepada media, antara barang kemas yang ditemui di dalam beg yang dirampas di kediaman dikaitkan Najib Razak. – Astro AWANI


Anggaran nilai keseluruhan barang-barang yang dirampas dari beberapa premis berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 16 dan 17 Mei lalu dianggarkan antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.


Dalam satu sidang media khas di ibu negara hari ini, beliau berkata lagi 25 beg berisi 12,000 jenis barang kemas yang terdiri daripada 1,400 rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 2,800 pasang subang, 1,600 kerongsang dan 14 tiara.


Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, daripada 72 beg besar yang dirampas di kediaman Najib, anak perempuan dan lelaki, 35 beg daripadanya mengandungi wang tunai daripada 26 jenis mata wang berjumlah RM116.7 juta. 


Amar juga mendedahkan bagi pengesahan ketulenan dan penilaian pihak polis telah menubuhkan 8 pasukan khas melibatkan lebih 150 orang dengan jumlah semua barangan berharga termasuk beg, cincin, batu permata yang dirampas adalah 12 ribu dan pengiraaan mengambil masa 16 hari termasuk di hari raya.


Pakar menilai barangan kemas, batu permata adalah RM440 juta tidak termasuk kos pembuatan dan harga sebenar boleh jadi 50 hingga 100% lebih bergantung kepada rekabentuk.


Satu rantai emas paling berharga yang dirampas bernilai RM6.4 juta ringgit.


Portal The Malaysian Insight melaporkan jam tangan paling mahal dirampas Rolex Daytona berharga RM3.5 juta.


Jumlah beg tangan dengan 37 jenama yang dirampas ialah 567 berharga 51.3 juta ringgit.


423 jam tangan dirampas berharga RM78 juta.


234 cermin mata dirampas berharga RM374 ribu.


Polis menyimpulkan jika mengikut harga pasaran jumlah keseluruhan dianggatkan RM900 juta hingga RM1.1 bilion. – Majalah Review Malaysia – MRM


KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah


KLIK BACA: ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis


KLIK BACA: Jangan tangan paling mahal dirampas Rolex Daytona RM3.5 juta


KLIK BACA: Rosmah pakai beg jenama BIJAN buatan Iran bukan ‘NAJIB’


TERKINI: Rosmah lebih tahu punca sebenar 1MDB, dijangka dituduh – lapor WSJ


KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin


KLIK BACA: Zahid – Umno akan rampas Putrajaya, PH akan tumbang!


KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…



Now You Know Dont Say Thank & Share




قالب وردپرس



#Politik #BarangKemas #Beg #Billion #Juta #Polis

Comments