Hokaloh News Updated: Am : As-Salihin lancar portal IEP untuk kemudahan perunding, ejen - Berita Terkini

https://hokaloh.news/berita-semasa/am-as-salihin-lancar-portal-iep-untuk-kemudahan-perunding-ejen-berita-terkini/





Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru ketika ditemui sempena pelancaran portal ‘Islamic Estate Planner’ (IEP) as-Salihin di ibu pejabatnya di sini, hari ini.


PETALING JAYA, 5 Julai (Bernama) — Syarikat perkhidmatan perancangan harta pusaka Islam, as-Salihin Trustee Berhad hari ini melancarkan portal Islamic Estate Planner (IEP) untuk memudahkan perunding dan ejennya menyedia dan menghantar permohonan secara dalam talian.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed berkata perlancaran portal itu dapat membantu perunding dan ejen mempercepatkan proses permohonan pelanggan serta mengetahui tahap proses permohonan.


“Portal yang dibangunkan dalam masa enam bulan ini boleh diakses pada bila-bila masa serta diharap dapat mengurangkan risiko kesilapan dari segi komunikasi dan penyediaan dokumen. Ia juga dapat menjimatkan kos dan masa di antara ejen dan pelanggan.”


“Sebelum ini, prosedur yang kami amalkan, proses penghantaran permohonan mengambil masa tiga hari, dengan adanya portal ini, kami berharap prosesnya akan lebih cepat,” katanya ketika ditemui media di majlis perlancaran portal IEP dan sambutan Aidilfitri di ibu pejabatnya di Kelana Jaya, di sini, hari ini.


Abdul Aziz berkata berteraskan misi untuk mengumpul, melindungi serta mengagihkan perancangan harta pusaka Islam, syarikatnya kini mempunyai lebih 2,000 ejen yang aktif dan berharap jumlahnya akan terus bertambah di seluruh negara.


“Dengan adanya portal IEP, kami menyasarkan seramai 1,500 orang ejen yang akan mendaftar pada tahun ini.”


“Diharapkan portal ini dapat membantu memudahkan urusan perancangan dan pentadbiran pusaka orang Islam serta menarik lebih ramai orang di luar sana untuk merancang harta pusaka mereka dengan lebih awal,” katanya.


Antara perkhidmatan yang disediakan oleh as-Salihin adalah penyediaan dokumen berkaitan wasiat, deklarasi hibah, perjanjian aset perolehan bersama dan surat ikatan amanah serta menguruskan harta pusaka dan harta amanah.


— BERNAMA


 




قالب وردپرس



#BeritaSemasa #Aidilfitri #Amanah #Hari #Harta #Ibu #Islam #Julai #Luar #Negara #Pegawai #Presiden #Pusaka #Sambutan

Comments