Hokaloh News Updated: Raja Perlis berkenan hadiri majlis santapan tengah hari - Berita Terkini
https://hokaloh.news/politik/raja-perlis-berkenan-hadiri-majlis-santapan-tengah-hari-berita-terkini/

KANGAR 27 Jun – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenn berangkat bercemar duli menghadiri majlis santapan tengah hari yang dianjurkan oleh Syarikat Rahim & Co International Sdn. Bhd. di Hotel Putra Regency di sini hari ini.
Berangkat sama pada majlis tersebut ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman serta para pegawai kanan syarikat itu.
Yang turut hadir, para pengurus serta kepimpinan agensi kerajaan dan badan berkanun, institusi-institusi kewangan serta syarikat pemaju di negeri ini selain pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Tujuan majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga memperkenalkan warga kerja serta pejabat cawangan Syarikat Rahim & Co di Kangar yang baru beroperasi pada Disember lalu.
Terdahulu ketika berucap, Abdul Rahim berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepada Rahim & Co yang sudah menjangkau usia 42 tahun dan kini mempunyai 21 buah pejabat.
Katanya, tambahan pejabat terbaharu yang dibuka pada tahun ini ialah di Subang Jaya, Butterworth, Kangar dan sebuah pusat perkhidmatan di Pulau Langkawi.
“Rahim & Co menyediakan perkhidmatan meliputi empat penilaian untuk semua tujuan pengurusan hartanah, membeli dan menjual hartanah, pengurusan serta perundingan sebenar hartanah.
“Pejabat kami di Kangar yang baru dibuka pada bulan Disember lalu diuruskan oleh pengurus cawanganya, Roshayati Zakaria manakala bagi pejabat di Langkawi pula diuruskan oleh Shaari Yub,” katanya. – UTUSAN ONLINE
#Politik #Perlis #Raja #Santapan
Comments
Post a Comment