Hokaloh News Updated: Jamal 'muncul' dalam persidangan UMNO Bahagian Sungai Besar - Berita Terkini

https://hokaloh.news/hiburan/jamal-muncul-dalam-persidangan-umno-bahagian-sungai-besar-berita-terkini/




SABAK BERNAM 30 Jun – Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos ‘muncul’ dalam persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar yang berlangsung, di sini hari ini. 




Kemunculan Jamal itu bagaimanapun bukanlah secara fizikal tetapi menerusi rakaman video berdurasi 5 minit 35 saat yang disiarkan kepada para perwakilan di Dewan Bangunan UMNO bahagian itu. 


Dalam rakaman video tersebut, Jamal yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dalam pemilihan kali ini merayu para perwakilan untuk memberikan sokongan kepadanya untuk terus menerajui bahagian itu.   


“Sepenggal yang lepas saya telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Besar. 


“Alhamdulillah, saya mendapat kerjasama daripada seluruh ketua cawangan, pergerakan wanita, pemuda dan puteri serta ahli-ahli UMNO di Sungai Besar ini,” katanya. 


Pemilihan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar hari ini, jamal dicabar oleh Datuk Masloro Abdullah. 


Jamal sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.


Pihak berkuasa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. – UTUSAN ONLINE




قالب وردپرس



#Hiburan #Ahli #Bahagian #Hari #Jamal #Rakaman #Tanggungjawab #Tangkap #Wanita

Comments