Najib beritahu Rosmah terkejut tidak percaya jumlah rampasan polis - Berita Terkini


Datuk Seri Najib Razak mendakwa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri terkejut dengan jumlah rampasan yang diumum pihak polis pada sidang media khas semalam.


Bercakap dalam wawancara eksklusif di pejabat portal berita Malaysiakini, bekas Presiden Umno itu berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barang kemas dan barangan lain yang dimiliki Rosmah.


“Saya fikir penilaian itu… dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia dikirim.


“Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” dipetik dari Malaysiakini.


KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah


DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta


KLIK BACA: Siasat barang dirampas, Umno tak tahu jika salah bawa dia ke muka pengadilan – Khairy


Semalam, rakyat Malaysia gempar apabila polis mendedahkan nilai barangan rampasan di enam premis yang dikaitkan dengan Najib pada bulan lalu berjumlah RM1.1 bilion.


Jumlah tersebut melibatkan wang tunai dari pelbagai negara bernilai RM116.7 juta, 567 beg tangan (RM51.3 juta), 423 jam tangan (RM78 juta), 234 kacamata (RM374,000) dan 12,000 barang kemas dengan nilai RM440 juta. [tidak termasuk rekaan dan upah]


Mengulas lanjut tentang rampasan itu, Najib berkata, pemilik barang kemas yang menghantar barangan itu kepada pihaknya untuk tujuan tontonan kini menuntut supaya barangan tersebut dipulangkan semula.


“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu,” katanya yang sedang berdepan skandal menggemparkan dunia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Bekas Perdana Menteri selama sembilan tahun sebelum partinya kalah teruk pada PRU-14 itu turut mendakwa, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik isterinya dan terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa beserta suami serta ibu mertuanya.


Portal MalaysiaDateline melaporkan ketika Nooryana Najwa Najib berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev ketika masing-masing berusia 27 tahun pada 2015. Majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pernah mengundang kontroversi termasuk larangan kepada tetamu mengambil gambar dan video.


Walau bagaimanapun, beberapa foto yang tersebar di Facebook menyaksikan suasana majlis berlangsung begitu mewah. Malah, Mahathir pernah mendakwa perbelanjaan bagi hiasan bunga sahaja mencecah RM3 juta.



Penjelasan Tun Mahathir gaya hidup mewah Najib Rosmah.


KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah


DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta


KLIK BACA: Siasat barang dirampas, Umno tak tahu jika salah bawa dia ke muka pengadilan – Khairy


KLIK BACA: ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis


KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin


KLIK BACA: Zahid – Umno akan rampas Putrajaya, PH akan tumbang!


KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…


KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB



Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share




قالب وردپرس

Comments