FAM terima 12 permohonan mengisi jawatan Setiausaha Agung - Berita Terkini


Hamidin bakal ditabalkan selaku Presiden FAM selepas Annuar menarik diri.

SERAMAI 12 calon telah mengemukakan permohonan bagi mengisi jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas penyandang sedia ada Datuk Hamidin Mohd Amin bakal diiktiraf sebagai Presiden pada Kongres FAM, ke 54, 14 Julai nanti.


Jelas Hamidin, kesemua calon ini terdiri dari individu tempatan tetapi memiliki kejayaan dan pencapaian cemerlang dalam dan juga luar negara.


“Sehingga semalam, FAM telah menerima 12 individu yang berminat untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung FAM ini, bagi saya sesiapa yang bakal dilantik sebagai setaiusaha agung adalah mereka yang boleh berkerja dan bersama dengan saya, serta Exco untuk melonjakkan bala sepak negara.


“Seandainya saya telah membuat semakan dan penelitian secara menyeluruh mungkin ia akan diumumkan pada Kongres FAM ke 54 nanti,” jelasnya yang ditemui media sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi.


Jawatan Setiausaha Agung FAM yang kini disandang Hamidin bakal dikosongkan selepas Hamidin yang juga calon jawatan Presiden FAM menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut selepas Tan Sri Annuar Musa menarik diri dari pertandingan pada Kongres FAM ke 54, 14 Julai nanti.


Selain Annuar yang dicalonkan untuk jawatan Presiden, seorang lagi calon iaitu Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Pahang terlebih dahulu menarik diri selepas tidak menghantar borang setuju terima pencalonan sebelum 14 Jun lalu yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Annuar dan Hamidin.



Komen anda




قالب وردپرس

Comments