Hokaloh News Updated: Najib tak tanya Jho Low tentang kapal Equanimity kerana tak sedar ia wujud - Berita Terkini

https://hokaloh.news/hiburan/najib-tak-tanya-jho-low-tentang-kapal-equanimity-kerana-tak-sedar-ia-wujud-berita-terkini/




Low Taek Jho atau Jho Low didakwa Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) sebagai dalang utama menyelewengkan dana 1MDB dengan membeli hartanah dan kapal layar mewah EQUANIMITY berharga RM1 bilion. – Foto Free Malaysia Today


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga pengarah 1MDB dalam wawancara bersama Malaysiakini ditanya kenapa Jho Low diberi peranan penting dalam 1MDB.


Najib berkata; “Dia ada hubungan strategik (dengan kepimpinan beberapa kerabat diraja di Asia Barat) yang mungkin memberi faedah kepada Malaysia dan jelas dia ada hubungan istimewa dengan kepimpinan (raja Arab Saudi) Raja Abdullah dan kerabatnya serta juga istana beberapa negara terutamanya di UAE.


“Dia membina hubungan ini yang boleh memberikan nilai kepada Malaysia. Itu konteksnya. Apa yang dia buat dengan mereka di luar pengetahuan saya.


“Dalam konteks itu Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB,” katanya.


Najib berkata sebelum beliau menjadi perdana menteri dan sebelum 1MDB wujud, Jho Low sudah mengkagumkan banyak pihak termasuk dirinya kerana Low mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat.


Najib juga berkata allahyarham Raja Abdullah memberikan sokongan supaya 1MDB menjalankan kerjasama dengan PetroSaudi.


“Malah, kedutaan Arab Saudi di Malaysia, termasuk beberapa bank utama di sana, menulis surat sokongan untuk PetroSaudi,” katanya.


PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud, putera ketujuh Raja Abdullah. Putera Turki kemudian menjadi timbalan gabenor dan kemudian gabenor Riyadh, kota paling besar di Arab Saudi.


Bagaimanapun, Najib berkata hubungan erat dengan Arab Saudi turut membantu permohonan tambahan kuota haji untuk Malaysia.


Mengulas soalan sama ada beliau ada berhubungan dengan Jho Low ketika dakwaan terhadap bilionair itu muncul, Najib berkata ia sudah lama berlalu.


“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” katanya dipetik Malaysiakini.


Najib berkata dia tidak bertanya tentang kapal layar mewah Equanimity ketika itu kerana tidak menyedari kewujudannya.


Beliau juga berkata adalah tidak masuk akal jika dirinya memberi kebenaran agar dana awam digunakan bagi membeli barang kemas, berlian, kapal layar, karya seni serta membiayai filem Hollywood.


“Saya tidak bersetuju dengan semua perkara ini. Saya bukan sebahagian daripada semua ini.


“1MDB membayar wang mengikut perjanjian usaha sama yang dibuat bersama negara-negara luar tetapi apabila wang itu dibayar, saya tidak boleh mengawal apa yang mereka lakukan dengan wang itu.


“Malah, saya tidak pernah melihat kapal layar itu kecuali dalam gambar. Saya tidak pernah lihat lukisan itu. Sudah tentu, jika anda gunakan dana 1MDB untuk perkara seperti itu, saya tidak akan luluskan.


“Tetapi jika ia berlaku, saya harap satu siasatan yang betul dilakukan dan apa-apa tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab jika benar dana awam itu digunakan,” kata Najib.


KLIK BACA: Perwakilan runsing bagaimana Zahid Presiden Umno baru dipilih didakwa kes 1MDB? 


KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina


KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya


DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta


KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah


KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…


KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB



Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share




قالب وردپرس



#Hiburan #Equanimity #JhoLow #Kapal #Najib

Comments