Hokaloh News Updated: NCR dan PMPG: Jangan perlekeh Dayak di Sarawak - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/ncr-dan-pmpg-jangan-perlekeh-dayak-di-sarawak-hokaloh-berita/











Isu mengenai pindaan Kanun Tanah Sarawak makin hangat diperdebatkan di Sarawak terutama dalam kalangan komuniti Dayak.


Rentetan perdebatan ini berlaku kerana Pindaan Kanun Tanah ini bakal diusulkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bermula pada hari ini. Usul ini penting kerana ia dijangka bakal memberi penyelesaian kepada isu Tanah NCR dan Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG).


Ironinya, dua isu berkenaan dengan tanah ini amat dekat di hati rakyat Sarawak terutama komuniti Dayak yang tinggal di luar Bandar. Namun apa yang menjadi persoalan, adakah pindaan Kanun Tanah Sarawak yang bakal dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah dapat diterima oleh rakyat Sarawak amnya dan komuniti Dayak khasnya?


Dalam beberapa hari ini, menjadi perbualan hangat mengenai terma-terma dalam usul yang tular di media sosial berkenaan dengan pindaan Kanun Tanah Sarawak yang bakal dibentangkan pada sidang DUN kali ini.


Antara terma yang dipertikaikan adalah berkenaan dengan usufructuary right berkenaan dengan tanah yang ternyata tidak dapat diterima oleh komuniti Dayak yang kaya dengan tanah. Terma ini bermaksud, orang asal boleh menggunakan tanah, tetapi tidak boleh memiliki tanah tersebut. Malahan, mereka perlu membayar sewa kepada kerajaan sekiranya menggunakan tanah tersebut yang turun-temurun merupakan tanah mereka.


Foto: Bernama



Ini ternyata tidak memberi penyelesaian yang baik kerana tanah sedia ada, iaitu Tanah NCR dan PMPG merupakan harta kaum pribumi yang diwarisi daripada moyang mereka. Sekiranya dokumen pindaan Kanun Tanah itu betul maka semua pemimpin Dayak perlu menolak usul tersebut. Jangan cuba perbodohkan kaum Dayak berkenaan dengan pindaan Kanun Tanah yang bakal dilakukan.


Malahan, kalau pindaan tersebut terus dikuatkuasakan, maka tiada lagi istilah PMPG yang ternyata amat diperlukan oleh mana-mana penduduk pribumi yang mendiami kawasan luar bandar.


Walaupun Douglas Uggah mengatakan bahawa usul yang bakal dibentangkan adalah sepenuhnya kuasa undang-undang terhadap PMPG, namun apa yang harus dititikberatkan adalah adat kaum pribumi mengenai PMPG. Adat ini harus diambil kira dalam menyelesaikan isu PMPG ini.


Douglas Uggah juga telah mengatakan isu ini dipolitikkan, namun hakikatnya intepretasi mengenai bahasa undang-undang itu jelas menunjukkan bahawa apa yang dikehendaki oleh kaum pribumi dipandang enteng.


Setakat ini, isu ini tidak dipolitikkan namun analisis yang padu dilakukan oleh para intelek Dayak mengenai terma yang wujud dalam usul yang bakal dibentangkan mendapati bahawa ia jauh menyimpang daripada maksud asal PMPG ini.


Foto : Hornbill Unleashed – WordPress.com

Para pemimpin Dayak tidak harus memandang enteng tentang kebolehan para intelek Dayak mentafsir bahasa undang-undang yang digunakan dalam usul yang bakal dibentangkan.


Para pemimpin Dayak tidak harus memperlekehkan komuniti Dayak dalam mentafsir bahasa undang-undang. Kalau mengikut dokumen usul yang tular ternyata komuniti Dayak akan menjadi penyewa sekiranya mereka menggunakan tanah yang ternyata tanah tersebut milik mereka sejak turun-temurun.


Tidakkah ini kelihatan pelik? Pemilik Tanah menyewa tanah sendiri dan membayar kepada kerajaan. Secara tidak langsung, sekiranya usul ini diterima, maka kerajaan boleh dikatakan menindas hak kaum pribumi yang selama ini bergantung hidup kepada hasil daripada tanah tersebut.


Justeru, harapan kaum pribumi seperti kaum Iban, Bidayuh, serta Orang Ulu agar para pemimpin Dayak dalam kerajaan pimpinan GPS tidak akan menyokong usul pindaan Kanun Tanah sekiranya usul yang bakal dibentangkan nanti sama dengan usul yang tular sekarang.


Ini kerana, kaum pribumi atau komuniti Dayak memilih anda menjadi wakil mereka untuk memperjuangkan hak mereka bukan untuk menindas hak mereka. Ingat, jangan perlekehkan intelek komuniti Dayak yang kian bersatu dalam memperjuangkan hak mereka. –Sarawakvoice


Penulis merupakan penganalisis politik yang fokus kepada politik kaum Iban di Luar Bandar serta pensyarah dalam bidang politik di UNIMAS.




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Bandar #Dewan #Harapan #Hari #Harta #Kaum #Kerajaan #Kuasa #Luar #Menteri #Pemimpin #Politik #Rakyat #Sarawak #Tanah #UndangUndang

Comments