Hokaloh News Updated: Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah - Berita Terkini
https://hokaloh.news/hiburan/jemaah-terima-kejutan-mat-sabu-baca-khutbah-berita-terkini/

Mohamad SabuK membacakan khutbah pertama sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan itu disampaikan di hadapan 750 pegawai. – Foto Facebook Mohamad Sabu
Ipoh, 30 Jun– Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengejutkan jemaah apabila khutbah Jumaat di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai dibacakan beliau.
Menurut laporan Sinar Harian, menerusi khutbah Jumaat itu, beliau mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.
Beliau juga mengingatkan lebih baik mengamalkan sikap merendah diri dan segera meminta ampun setelah berbuat kesalahan.
“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin atas muka bumi ini.
“Kita kena akui kelemahan dengan penuh tawaduk dan sama-sama membina kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum,” katanya.
Khutbah pertama dibacakan sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan itu disampaikan di hadapan 750 pegawai dan anggota RAMD yang turut dihadiri Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.
Beliau turut sentuh keadaan umat Islam pada masa kini yang saling bertingkah dan membunuh antara satu sama lain hanya kerana wujudnya perbezaan sedikit dalam nilai kepercayaan mereka.
Mohamad Sabu berkata, negara kotor, paling tinggi rasuah, tiada ukhuwah hingga saling bunuh sesama sendiri dan umat yang menjadi pelarian paling ramai semuanya berlaku di negara Islam.
“Apakah agama yang salah atau kita yang salah, insafilah, kitalah yang perlu buat pembetulan,” katanya.
KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB?
KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman?
DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri
KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?
KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga?
DIKEMASKINI: Kerajaan akan jual semua barang kemas, beg dirampas dari Najib – Guan Eng
KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya
KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
#Hiburan #1Mdb #Barang #BarangKemas #Beg #Bunuh #Dendam #Kemas #Kementerian #Kerajaan #Laporan #Muka #Najib #Negara #Nilai #Pegawai #Rampasan #Wang #Zahid
Comments
Post a Comment