Hokaloh News Updated: Serang warga emas dengan menikam di perut, tetak jari, lelaki dicekup polis di King Centre - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/berita-semasa/serang-warga-emas-dengan-menikam-di-perut-tetak-jari-lelaki-dicekup-polis-di-king-centre-hokaloh-berita/

KUCHING: Polis Kuching menahan seorang lelaki semalam setelah didapati menyerang seorang lelaki warga emas di sebuah premis di King Centre dekat sini.
Akibat serangan tersebut, lelaki terbabit mengalami cedera parah akibat tikaman di perut, manakala jarinya hampir putus.
Sumber memberitahu, mangsa serangan dikenali sebagai Peter Teo, 73 tahun.
“Mangsa telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak, sebelum kemudiannya dimasukkannke Zon Merah hospital berkenaan.
“Difahamkan, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat tikaman tersebut.
Suspek dipercayai individu yang dikenali, kerana berdasarkan keterangan beberapa saksi, sering mengganggunya ketika makan.
Penyerang dicekup oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya, kata sumber itu lagi. –Sarawakvoice


(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#BeritaSemasa #Awam #Individu #Jabatan #Jari #Lelaki #Polis #Sarawak #Serang #Warga
Comments
Post a Comment