Hokaloh News Updated: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah - Berita Terkini
https://hokaloh.news/politik/barang-kemas-siapa-tuduh-kau-terimalah-balasannya-nanti-kata-rosmah-terkini-berita-terkini/
Kuala Lumpur 20 April, 2018: Sebelum PRU14 Datin Seri Rosmah Mansor menafikan beliau memiliki barangan kemas berharga jutaan ringgit seperti yang didakwa pembangkang yang katanya cuba menjerat dirinya dan suaminya Datuk Seri Najib Razak.
Rosmah dalam ucapannya berkata beliau mengadu kepada Datuk Seri Najib bahawa pembangkang tidak dapat mengenal pasti harga sebenar barang kemas [cincin] yang didakwa miliknya dan diakhir ucapannya beliau memberi amaran balasan yang akan menimpa sesiapa yang menuduh beliau.

DIKEMASKINI 27 Jun, 2018: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berkata Polis akan memanggil Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan “pemberi hadiah” tidak lama lagi.
“Mereka akan disiasat dan kami akan memanggil juga pemberi hadiah untuk merekodkan kenyataannya,” kata Datuk Seri Amar Singh hari ini dalam sidang media di mana beliau mendedahkan rampasan di enam premis yang dikaitkan dengan Najib Razak dianggar RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Dalam wawancara dengan Reuters baru-baru ini, Najib yang sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, berkata wang tunai, bag tangan dan permata yang dirampas dari beberapa kediaman dikaitkan dengan dirinya adalah “hadiah untuk isteri dan anak perempuannya” dan tiada kaitan dengan skandal penyelewengan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Majalah Review Malaysia – MRM
Nota Ana Ghoib: Thoha – Putrajaya – Berita Palsu denda dan penjara yang memakan diri sendiri.
Dari hidup terawangan di udara pada ketinggian 36 ribu kaki mereka jatuh terpacak di bumi berdepan kenyataan hakiki bersama pengikutnya.
Firman Allah: Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan. – (Al-A’raaf 7:162)
Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). – (Al-A’raaf 7:165)
Susunan risalah Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Ada keberanian yang terlibat jika kau ingin menjadi benar maka berhujahlah dengan ayat-ayat tuhan terhadap roh mu. Pengampun tuhan mu!
KLIK BACA: ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis
KLIK BACA: Jangan tangan paling mahal dirampas Rolex Daytona RM3.5 juta
KLIK BACA: Rosmah pakai beg jenama BIJAN buatan Iran bukan ‘NAJIB’
TERKINI: Rosmah lebih tahu punca sebenar 1MDB, dijangka dituduh – lapor WSJ
KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin
KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…
KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
#Politik #Barang #Kemas #Rosmah #Tuduh
Comments
Post a Comment