Hokaloh News Updated: Nestor Pitana Dipilih Sebagai Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/sukan/nestor-pitana-dipilih-sebagai-pengadil-perlawanan-akhir-piala-dunia-2018-hokaloh-berita/




Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) hari ini mengumumkan Nestor Pitana dari Argentina akan menjadi pengadil utama untuk perlawanan akhir Piala Dunia membabitkan Perancis dan Croatia, pada hari ahad ini.


Pitana, bekas pelakon yang sudah mengadili empat perlawanan termasuk aksi pembuka tirai kejohanan membabitkan negara tuan rumah Russia dan Arab Saudi dan Perancis-Uruguay pada suku akhir akan ditugaskan untuk perlawanan di Stadium Luzhniki Moscow.



Beliau akan dibantu dua lagi pembantu pengadil dari Argentina Hernan Maidana dan Juan Pablo Belatti. Pengadil Belanda Bjorn Kuipers akan menjadi pegawai pertandingan yang turut dibantu seorang lagi pengadil dari Belanda Erwin Zeinstra.


Selain memberikan kemenangan buat Perancis, Pitana turut mengendalikan perlawanan di mana Croatia menewaskan Denmark pada aksi 16 terakhir menerusi penentuan penalti.



Satu lagi perlawanan yang diadil pengadil berusia 43 tahun itu di Russia adalah kemenangan Sweden ke atas Mexico 3-0 pada aksi peringkat kumpulan.


Sewaktu Piala Dunia 2014 Brazil, beliau mengadili empat perlawanan. Yang terakhir adalah kekalahan Perancis 0-1 kepada Jerman pada suku akhir.



Bagi perlawanan penentuan tempat ketiga di antara Belgium dan England di Saint Petersburg esok, FIFA memilih pengadil Iran, Alireza Faghani.



Kami perlukan bantuan anda.


Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.


Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.


Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan







قالب وردپرس



#Sukan #Arab #ArabSaudi #Argentina #Belgium #Bola #Brazil #Denmark #Dunia #England #Hari #Jerman #Negara #Pegawai #Rumah #Status #Utama

Comments