Hokaloh News Updated: Pindaan Kanun Tanah Sarawak: Bersatulah, wahai pemimpin Dayak - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/pindaan-kanun-tanah-sarawak-bersatulah-wahai-pemimpin-dayak-hokaloh-berita/











Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan bersidang dari 8 Julai sehingga 18 Julai. Antara yang bakal menjadi perhatian adalah berkenaan dengan isu Pulau Galau Pemakai Menoa (PMPG). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dipercayai akan membentangkan usul berkenaan dengan pindaan Kanun Tanah Sarawak.


Ia berkaitan dengan isu yang sentiasa berlegar dalam kalangan majoriti rakyat Sarawak terutama komuniti Dayak di Sarawak, iaitu Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) termasuk PMPG.


Isu Tanah NCR dan PMPG merupakan isu yang telah lama menjadi perbualan rakyat Sarawak terutama komuniti Dayak.


Pemberian hak milik sah Tanah NCR dan pengiktirafan PMPG merupakan penyelesaian yang amat-amat dituntut oleh rakyat Sarawak.


Kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) harus ikhlas dalam menyelesaikan isu ini pada sidang DUN kali ini.






Pemimpin Dayak dalam GPS harus berani bersuara demi kepentingan komuniti Dayak yang merupakan penyokong mereka selama ini.


Sekiranya penyelesaian yang bakal dilakukan seperti dinyatakan dalam dokumen yang tular sebelum ini, maka pemimpin Dayak perlu berani untuk membantah serta tidak bersetuju dengan pindaan tersebut.


Ini kerana, daripada apa-apa yang dinyatakan dalam dokumen yang tular tersebut, ternyata tidak akan memihak kepada para pemilik Tanah NCR dan PMPG. Realitinya, semua pemilik Tanah NCR dan PMPG ini menginginkan kerajaan memberi pengiktirafan hak milik sah kepada tanah mereka.


Justeru, semua pemimpin Dayak yang berada dalam DUN harus bersatu bagi memastikan apa-apa pindaan yang bakal dilakukan terhadap Kanun Tanah Sarawak dalam menangani isu Tanah NCR dan PMPG ini mesti memberi kebaikan dari segi pemilikan sah Tanah NCR dan pengiktirafan disisi undang-undang PMPG yang menjadi hak milik penduduk pribumi di Sarawak.


Malahan, pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat sudah pasti akan terus kekal relevan dalam arena politik pasca PRU-14 lepas.


Foto : Dayak National Congress

Semua pemimpin Dayak harus mempunyai iltizam politik yang tinggi dalam memperjuangkan isu-isu berkenaan dengan tanah ini.


Ini kerana rakyat Sarawak di luar bandar terutama komuniti Dayak mempunyai tanah yang diwarisi turun-temurun. Kebanyakan penduduk di luar bandar menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah yang dipercayai milik mereka sejak zaman moyang mereka lagi.


Adat berkenaan dengan tanah ini dalam kalangan masyarakat pribumi harus diambilkira oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu Tanah NCR dan PMPG ini.


Sekiranya pemimpin Dayak dalam kerajaan pimpinan GPS tidak mengambil tahu berkenaan perkara ini, ternyata mereka tidak mempedulikan nasib kaum Dayak yang menyokong mereka selama ini.


Apa yang pasti, pindaan yang bakal dilakukan berkenaan dengan Kanun Tanah Sarawak dalam sidang DUN kali ini bakal menentukan keikhlasan GPS yang keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebelum ini dalam menangani isu yang amat dekat di hati sanubari komuniti Dayak terutama kaum Iban di Bumi Kenyalang ini.




Buktikan bahawa keadilan dan kesamarataan menjadi pendekatan dalam menyelesaikan mana-mana isu yang dihadapi oleh rakyat Sarawak.


Para pemimpin Dayak dalam DUN Sarawak harus bersatu dalam memperjuangkan isu berkenaan dengan Tanah NCR dan PMPG ini untuk kebaikkan komuniti Dayak.
Perbezaan politik harus diketepikan dalam menangani isu ini agar komuniti Dayak di luar bandar percaya kepada pemimpin Dayak dalam memperjuangkan hak mereka.


Sekiranya anda hanya berdiam diri, maka bersedialah untuk menerima kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 nanti.


Kerajaan pimpinan GPS perlu menyelesaikan isu berkenaan dengan tanah ini agar kelestarian pembangunan masyarakat di luar bandar dapat dilakukan dengan lebih baik lagi.


Kualiti kehidupan masyarakat di luar bandar pasti dapat dipertingkatkan sekiranya isu berkenaan dengan tanah ini diselesaikan dengan baik.


Ini kerana dengan adanya hak milik sah Tanah NCR dan pengiktirafan di sisi undang-undang berkenaan PMPG dapat memberi nilai tambah sektor pertanian yang merupakan sumber utama pendapatan penduduk di luar bandar. –Sarawakvoice


Penulis merupakan penganalisis politik yang fokus kepada politik kaum Iban di Luar Bandar serta pensyarah dalam bidang politik di UNIMAS.




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Bandar #Dewan #Julai #Kaum #Kerajaan #Kualiti #Luar #Menteri #Nilai #Parti #Pemimpin #Pilihan #Politik #Rakyat #Raya #Sarawak #Tanah #UndangUndang #Utama

Comments