Hokaloh News Updated: Taman Negara kekal pilihan pelancong di Sarawak – Abdul Karim - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/bisnes/taman-negara-kekal-pilihan-pelancong-di-sarawak-abdul-karim-hokaloh-berita/

KUCHING: Taman Negara terus menjadi produk dan pakej ekopelancongan pilihan di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurutnya, ini kerana pelancong asing mahupun domestik sentiasa tertarik untuk melihat aspek hidupan liar, alam semula jadi serta landskapnya yang unik.
“Sarawak juga bertuah kerana dikurniakan 56 taman negara, rizab alam semula jadi dan tempat perlindungan hidupan liar yang boleh menjadi aset berharganya,” katanya lagi.
Sementara itu katanya, setakat Mei lalu, jumlah kehadiran pengunjung ke semua taman negara adalah 186,486 orang dengan jumlah hasil yang dijana adalah sekitar RM2.18 juta.
“Jumlah kedatangan ini terdiri daripada 136,573 pelancong domestik (73 peratus) dan 49,913 pelancong asing iaitu 27 peratus.

Menurutnya terdapat peningkatan yang signifikan iaitu sebanyak 18.33 peratus bagi pelawat asing.
“Daripada jumlah itu, berlaku peningkatan keseluruhan pendapatan sebanyak 0.88 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Antara taman negara yang mencatatkan bilangan pelawat paling tinggi sehingga Mei 2018 ialah Pusat Hidupan Liar Semenggoh (28,572), Taman Negara Bako (10,358), Taman Negara Santubong (9,367) Taman Negara Niah (8,636), Taman Negara Gunung Mulu (7,781) Taman Negara Lambir Hills (4,485),” katanya.
Tambahnya lagi, beberapa taman negara di Sarawak turut mendapat pengiktirafan seperti
Taman Negara Lambir Hills, Miri yang dianugerahkan Sijil Kecemerlangan 2018 berdasarkan kriteria tarikan, kafeteria dan maklumat terbaik.
Pada 2017 pula, Pusat Hidupan Liar Matang telah dinobatkan sebagai pemenang amalan terbaik dalam pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan.
Anugerah tersebut katanya, mampu bertindak sebagai pemangkin promosi ekopelancongan di Sarawak. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Bisnes #Jumlah #Juta #Menteri #Negara #Pelancong #Pilihan #Sarawak #Terbaik
Comments
Post a Comment