Hokaloh News Updated: Sejauh mana Sijil UEC sekolah Cina perlu diiktiraf oleh kerajaan? - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/politik/sejauh-mana-sijil-uec-sekolah-cina-perlu-diiktiraf-oleh-kerajaan-hokaloh-berita/

PRESIDEN Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) mengenepikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pembentuk ciri negara ini.
Ini berkaitan cadangan mengiktiraf UEC sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor awam.
Menurutnya, kurikulum bahasa pengantara yang digubal berlawanan dengan arus perdana bahasa Kebangsaan dapat menghakiskan nilai kemalaysiaan.
MAPIM, Teras Minta Kerajaan Tolak iktiraf UEC, Bahkan Semak Sekolah Ketepikan BM
Justeru, Azmi membuat kesimpulan bahawa UEC bukan sahaja harus ditolak, malah kerajaan harus menyemak kelulusan sekolah persendirian yang menggunakan bahasa selain bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara.

Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, Akta Pendidikan 1969 diluluskan Parlimen menetapkan bahasa Melayu sebagai medium pengantara dalam semua institusi pendidikan.
Setakat ini, tiada halangan dan diizinkan bahasa ibunda masing-masing dipelajari sebagai kesepakatan unik dalam negara majmuk seperti Malaysia.
Kritikan lain menyebut, kenapa isu UEC timbul sekarang ketika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan?
Adakah kerana pihak tertentu mahu mengguji sejauh mana sensitiviti kaum Melayu menilai cadangan ini?
Azmi turut bertanya, kenapa hal ini muncul dalam usaha kita memupuk generasi Malaysia dengan kebersamaan jati diri nasional melalui Bahasa Kebangsaan di negara ini.
Justeru, Azmi membuat kesimpulan bahawa UEC bukan sahaja harus ditolak, malah kerajaan harus menyemak kelulusan sekolah persendirian yang menggunakan bahasa selain bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara.
Beliau mahu sekolah persendirian Cina menerima dasar negara sesuai matlamat integrasi nasional dalam pembinaan negara.
Teo Mahu Isu UEC Selesai Segera, Dr Maszlee Kata Usah Terburu-buru
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan UEC diselesaikan sebelum hujung 2018.
Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kerajaan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru berkaitan cadangan mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke IPTA.
ABIM Cadang Pinda Dahulu Kurikulum UEC Sebelum Iktiraf
Manakala, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dilihat sedikit berlembut dalam isu ini.
ABIM mahu kurikulum UEC dipinda dahulu sebelum Kementerian Pendidikan mengiktirafnya.
Setiausaha Agung ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, kajian perlu dilakukan meminda kurikulum UEC agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Menurut ABIM, ia memudahkan sekitar 3,000 pelajar yang menamatkan pengajian dengan sijil UEC setiap tahun di 60 sekolah menengah persendirian Cina apat dimanfaatkan.
Bagaimanapun, Faisal mahu agar standard subjek Bahasa Melayu dalam UEC perlu setaraf dengan subjek sama dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurutnya, kurikulum dalam silibus subjek Sejarah juga perlu dirombak.
ABIM bagaimanapun mengaku permintaan pengiktirafan sijil UEC boleh mencetuskan kekeliruan pendidikan negara dan terus melebarkan berkemungkinan polarisasi kaum dan agama di negara ini. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Politik #Akta #Awam #Cina #Harapan #Islam #Kaum #Kementerian #Kerajaan #Malaysia #Menteri #Negara #Nilai #Parlimen #Pelajar #Pendidikan #Presiden #Rakyat #Sejarah #Sekolah
Comments
Post a Comment