Hokaloh News Updated: Isteri dedah suami kahwin rakan sepermainan anak usia 11 tahun - Berita Terkini
https://hokaloh.news/hiburan/isteri-dedah-suami-kahwin-rakan-sepermainan-anak-usia-11-tahun-berita-terkini/

Kelantan, 30 Jun – Lelaki berusia 41 tahun yang berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun pada awalnya menafikan dirinya adalah individu dalam gambar apabila ditunjukkan oleh isteri keduanya, Siti Nor Azila Zulkifle.
Menurut Siti Nor Azila atau Effa, suaminya itu berkata gambar tersebut adalah gambar yang telah disunting isteri pertamanya.
“Ketika suami ada di rumah, saya tunjuk gambar tersebut yang dihantar madu saya. Dia kata sekarang semua gambar boleh ‘edit’.
“Lepas tu saya cakap tak ada ‘edit’ kalau dah gambar macam ni. Kalau betul kahwin kena cakap dah kahwin… tak boleh main-main. Lepas tu barulah dia kata betullah dia dah kahwin,” katanya menurut laporan mStar.
Effa berkata dia tidak terkejut dengan tindakan suaminya itu kerana pernah terdengar desas-desus suaminya akan berkahwin lagi sebelum ini.
“Suami pun pernah kata tak mungkin dia akan kahwin dengan budak. Jadi saya dan isteri pertama pun fikir perkara yang sama.
“Saya sendiri pernah nak pinangkan seorang wanita untuk suami tetapi dia tolak. Yang buat saya marah sebab dia kahwin dengan kawan sepermainan anak saya.
“Isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga) selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu,” katanya yang menetap di Gua Musang, Kelantan.
Ibu kepada anak empat itu mendakwa suaminya telah bernikah dengan isteri ketiganya itu pada 4 Syawal lalu, di Thailand.
Budak perempuan itu didakwa sebagai anak kepada wanita yang bekerja sebagai tukang masak di kedai makan isteri pertama lelaki terbabit dan tidak bersekolah.
KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB?
KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman?
DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri
KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?
KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga?
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
#Hiburan #1Mdb #Anak #Bunuh #Dendam #Ibu #Kelantan #Laporan #Lelaki #Najib #Nilai #Rampasan #Rumah #Wang #Wanita #Zahid
Comments
Post a Comment